MENGAPA MAKANAN HALALAN & TOYIBA  PENTING UNTUK
FUNGSI OTAK DAN KESIHATAN?


MAKANAN UNTUK KECERDASAN MINDA

Makanan mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap tubuh badan, jiwa, emosi dan akal kita. Nutrien atau zat-zat yang didapati daripada makanan berupaya mempengaruhi fungsi otak dan sekaligus mempengaruhi tingkah laku dan juga kecerdasan otak seseorang itu. Dalam erti kata lain, otak kita akan membangun dan berfungsi dengan baik dengan adanya sumber-sumber protin, asid amino, lemak, karbohidrat, serat, vitamin dan garam galian yang diperolehi daripada unsur pemakanan yang diambil.

Dengan berbagai makanan yang terdapat ketika ini, tentunya menjadi tanggungjawab kita  untuk memilih makanan yang terbaik dan memberi kesan terpantas terhadap pembangunan minda dan kesihatan. Secara amnya, makanan terbaik ialah makanan sunnah yang halal lagi bersih (Halalan & Thoyiban), seimbang, berzat dan berjadual.  Makanan sebegini dipanggil makanan berfungsi.

Buat pertama kailnya di Malaysia, syarikat AZ-ZAIN telah berjaya memformulasikan Makanan Berfungsi yang  selaras dengan tuntutan Syariat Halalan & Thoyiban.


APA ITU MAKANAN BERFUNGSI

Makanan berfungsi (functional food) adalah  makanan yang telah diproses ataupun yang masih segar yang bertindak membina kesihatan tubuh. Ia menawarkan kekebalan imuniti dan mengawal tubuh daripada diserang penyakit kronik. Selain daripada itu, ia juga menawarkan pelbagai nutrient tambahan yang tidak terdapat dalam makanan biasa.

Islam telah meletakkan kesihatan sebagai nikmat yang termulia selepas nikmat iman. Ditemukan peringatan bahwa perut merupakan sumber utama penyakit: Al-ma'idat bait adda'. Oleh karena itu, banyak sekali tuntutan ditemui, baik dari Al-Quran mahupun dari hadis Rasullullah s.a.w. yang berkaitan dengan sifat-sifat makanan dan juga kadar pengambilannya.

Hubungi kami

Ahlan Wasahlan dan Selamat Datang ke Laman Web Az-Zain Shah Alam dan Subang Jaya. Kunjungi kami di alamat berikut:.

Az-Zain Shah Alam
9, Jalan Tukul P15/P, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor
Phone: +6013-3435 534/
+6013-3935 103
Email: produkmuslim@az-zain.com

Az-Zain Subang Jaya
D3-00-01, Subang Perdana,
Goodyear Court 4, Jalan Kewajipan,
47610 Subang Jaya, Selangor
Phone: +6013-7195 173
Email: admin@az-zain.my

FB Az-Zain Shah Alam


FB Az-Zain Subang Jaya