| URUTAN PROSES |
PEMPROSESAN AYAM AZ-ZAIN |
PEMPROSESAN AYAM INDUSTRI |
| 1 | Tanpa Stunning | Menggunakan Stunning (stunning ialah proses melalikan ayam dengan kejutan elektrik sebelum disembelih) |
| 2 | Usus dikeluarkan sebelum proses seterusnya. | Usus yang penuh dengan najis tidak dikeluarkan sehingga ayam disiap diproses. |
| 3 | Ayam dimasukkan ke dalam air panas yang bersih untuk melembutkan bulu. | Ayam dimasukkan ke dalam air panas yang pekat dicemari oleh najis dan darah ayam. |
| 4 | Suhu air dikawal pada 60oC supaya air tidak menembusi dalam daging ayam. | Amalan industri menetapkan suhu air 70oC hingga 75oC. Pada suhu yang tinggi ini air yang penuh dengan najis dan darah boleh menembusi daging ayam. |
| 5 | Ayam dimasukkan ke dalam air sejuk tanpa kimia dan klorin. | Ayam dimasukkan ke dalam air sejuk yang dicampur dengan klorin supaya ayam kelihatan segar untuk beberapa hari apabila dijual di pasaran. |
| 6 | Proses mendorong air tidak dilakukan kerana bertentangan dengan syariat untuk menipu timbangan. | Teknik "water induce" (proses mendorong air) ke dalam badan ayam untuk menambahkan berat badan dan mengaut keuntungan dengan menipu. |
| 7 | Ayam dipotong dan dibersihkan dengan sempurna. | Ayam dihantar kepada pusat jualan, pasar basah, pasaraya, kedai runcit dan pasar malam. |
| 8 | Ayam diangkut ke pasaran dengan lori sejuk supaya rangkaian sejuk tidak terputus. | Kebiasaannya ayam diangkut dengana lori dan van yang tidak ada kemudahan sejuk beku, sekali lagi ayam dicemari dengan bakteria. |
Cara Memproses Ayam Yang Nyata Menepati Tuntutan Syariat
Copyright (c) 2012 by juweialhaj@gmail.com. All Rights Reserved.

Ahlan Wasahlan dan Selamat Datang ke Laman Web Az-Zain Shah Alam dan Subang Jaya. Kunjungi kami di alamat berikut:.