Monthly Archives: October 2013

UPP Rampas 146 Kotak Berisi Ayam Diragui Status Halalnya

23 Oct 2013, 08:30pm by Sarah Farhana

AYAM TAK SEMBELIH

 

Satu ratus 46 kotak berisi ayam yang diragui status halalnya dirampas Unit Pencegah Penyeludupan Chuping, Perlis.

Rampasa dilakukan disatu sekatan jalan raya di Kilometer 24 Ulu Pauh, menghala ke Padang Besar petang semalam.

Selain ayam, turut dirampas, hati ayam dan 40 guni berisi itik.

Ekoran penemuan ini, pemandu dan kelindan lori ditahan.

Kedua-dua suspek yang berumur 29 dan 30 tahun dibawa ke kem UPP Chuping untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat bawah Akta Perihal Perdagangan 2011 dan kesalahan di bawah salah guna logo halal.

Klik untuk lihat video