Monthly Archives: January 2014

Siti Khadijah: Az-Zain Shah Alam Menjadi Penaja Hadiah

Pada 26 Januari 2014, Butik Siti Khadijah yang terletak selang beberapa lot kedai dari Az-Zain Shah Alam telah mengadakan sambutan ulangtahun bagi cawangan tersebut.

Az-Zain Shah Alam telah dijemput sebagai penyampai hadiah sewaktu majlis diadakan selaku salah satu penaja bagi program tersebut. Pn. Kurishah selaku Pengarah Urusan Az-Zain Shah Alam menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz.

Berikut merupakan gambar majlis.

Sesi Uji Rasa Produk

Pada 26 Januari 2014, kami telah mengadakan sesi uji rasa produk baru yang hendak diperkenalkan dan juga produk yang laris. Pada hari tersebut terdapat beberapa produk yang dipromosikan oleh kami dan juga pembekal. Antaranya ialah:

  • Tja Cheese
  • Popia Otak-Otak Juara
  • E-MAN Coco
  • Masterchef Oat Drink
  • Khal Humaira
  • Serbuk Kuah Kacang Sudiharti
  • Sos Penyicah Dansar

Sesi uji rasa seperti ini telah dirancang untuk diadakan lebih kerap bergantung kepada pembekal yang ingin membuat promosi.

Kami menyediakan khemah biru di luar premis dan kemudahan elektrik disediakan.

Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil pada sesi uji rasa kali ini.

Sekiranya anda pembekal kami dan ingin mengadakan promosi seperti ini, hubungi Tn. Hj. Jaludin (013-3435534) untuk berurusan.

Sesi Uji Rasa Produk

Jemput hadir jika berminat untuk merasai kesedapan popia otak-otak (Ilham Juara) dicicah Cheese Nachos (T’ja Cheese).

Klik butang Share untuk kongsi pada rakan-rakan lain.

Sesi uji rasa produk Ilham Juara dan T’ja Cheese.

Ahad, 26 Januari 2014
9pagi-5petang

Selamat berhujung minggu!

tja1

Produk Baru: Nektar Buah Kurma Az-Zain

Az-Zain telah mengeluarkan produk pati kurma yang diberi nama Nektar Buah Kurma.

Nektar ini adalah ekstrak buah kurma yang berkualiti tinggi dituai secara esklusif di kawasan bersih yang tidak dicemari di Timur Tengah. Ia mempunyai kualiti yang sangat unik, 100% semula jadi, lazat dan bertenaga.

Pati Kurma ini boleh dijadikan minuman bertenaga seisi keluarga secara sejuk atau panas, sapu pada roti dan lempeng, topping ice cream dan pemanis untuk teh, kopi dan produk tenusu.

Sangat sesuai dicampur dengan susu kanak-kanak.

Tanpa tambahan gula/perasa/pewarna/kima/pengawet.

nektar kurma