Monthly Archives: April 2014

Tempahan Hamper

Tempahan hamper sempena Golf Amal anjuran Masjid Al Ubudiyah.

golf amal

hamper

 

 

Kami menerima tempahan membuat hamper dengan nilai minimum RM30.

Semua produk yang diletakkan dipilih di kedai kami. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pn. Kurishah 013-3935 103.

Ulangtahun AZBP2: Laporan penuh

Pada hari Sabtu, 26 April 2014 Az-Zain Bandar Putera 2 telah mengadakan sambutan ulangtahun bagi cawangan tersebut. Az-Zain Bandar Putera 2 merupakan cawangan kepada Az-Zain Shah Alam megadakan majlis doa selamat sempena satu tahun beroperasi di Surau Al-Munawwarah yang terletak di Bandar Putera2, Klang.

Majlis dihadiri oleh penduduk sekitar Bandar Putera 2, Pelajar-pelajar serta guru dari Maahad Tahfiz Al Aqsa dan juga Pelajar dan warden dari Asrama HALUAN.

majlis5Para jemputan mula hadir ke Surau Bandar Putera 2 dan telah mengisi borang cabutan bertuah yang disediakan oleh pihak penganjur.

majlis1Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang di imam kan oleh imam bertugas Surau Bandar Putera 2, saudara Umar Abdul Aziz Ramli. Majlis diteruskan dengan bacaan doa selamat dan kesyukuran yang disertai kira-kira 100 orang jemaah.

majlis2 majlis3majlis4Sebaik sahaja bacaan doa tamat, Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Putera 2, Klang, En. Kamaruzaidi Kamaruddin telah dijemput untuk memberi ucapan dan diikuti oleh ucapan dari wakil Az-Zain Bandar Putera 2, Tn. Hj. Jaludin Ibrahim selaku pengarah urusan.

Dr Hj. Mohamad Zainol Ahmad Haja, pengasas jenama Az-Zain telah diberi ruang untuk menyampaikan ucapan dan tazkirah ringkas pada majlis tersebut. Tazkirah ringkas mengenai kepentingan memilih makanan yang halal dan thayyiba menjadi tajuk untuk disampaikan kepada para jemaah.

majlis8 majlis7 majlis6Majlis diteruskan dengan penyampaian bantuan dan sumbangan kepada Maahad Tahfiz Al-Aqsa, Asrama HALUAN Penyayang dan Surau Al-Munawwarah.

majlis9Para jemaah menikmati jamuan makan yang disediakan setelah selesai solat Isya’ berjemaah.

Kami bagi pihak pengurusan Az-Zain Shah Alam, USJ dan Bandar Putera 2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada para jemputan yang hadir. Moga majlis yang kecil ini mendapat manfaat kepada semua.

Biomil Xcel Mengadakan Promosi Di Hadapan Premis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari ini Sabtu 26 Jamadilakhir 1435H bersamaan 26 April 2014.

Hari ini pembekal bagi Susu Biomil mengadakan sesi uji rasa di ruang hadapan kedai.

Bawa bersama anak-anak jika datang ke kedai untuk mereka rasa susu biomil secara percuma.

biomil1 biomil2

 

info lanjut Biomil klik di sini

Az-Zain Shah Alam adalah sebuah Pasaraya Mini yang berkonsepkan Halal Mart. Kami menjual produk-produk halal muslim secara runcit dan juga borong. Az-Zain Shah Alam telah mempunyai empat buah rangkaian halal mart lain iaitu Az-Zain Bandar Putera 2, Az-Zain USJ Subang Jaya, Az-Zain Seksyen 27 Shah Alam , dan Az-Zain Alam Budiman. Untuk alamat lengkap sila klik di sini LIHAT LOKASI KAMI

Pemasangan Banner Sempena Majlis Ulangtahun AZBP2

Hari ini kami telah memasang banner sempena majlis ulangtahun Az-Zain Bandar Putera2 (AZBP2). Banner telah dipasang di sekitar kawasan perumahan sebagai satu langkah publisiti untuk majlis ini.