Monthly Archives: May 2014

Pengusaha Bumiputera Disaran Mohon Sijil Halal

Artikel ini dikeluarkan oleh Sinar Harian pada 24 Mei 2014

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyarankan usahawan Bumiputera yang sedia ada supaya memohon sijil halal bagi mengukuhkan kepercayaan pengguna terhadap produk mereka.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pemilikan sijil halal daripada badan pengeluar sijil halal seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), akan memberi jaminan tentang kualiti dan status bahan yang digunakan.

“Bumiputera harus memanfaatkan sijil halal sebagai nilai tambahan kepada produk keluaran syarikat bagi memasarkan produk di dalam pasaran domestik mahupun antarabangsa,” kata beliau kepada Bernama di majlis pelancaran produk berasaskan kecantikan oleh Havarline Diamond Sdn Bhd di sini.

Ahmad Bashah berkata masyarakat tempatan kini lebih berwaspada dalam pemilihan produk harian walaupun ia keluaran Bumiputera.

Di samping itu, beliau menyeru usahawan Bumiputera agar memanfaatkan teknologi bagi memastikan bekalan produk mencukupi bagi menampung permintaan pasaran.

“Penggunaan teknologi dalam penghasilan produk dapat membantu usahawan Bumiputera terutamanya dari sektor kecil dan sederhana untuk bersaing dengan syarikat-syarikat dan pengusaha yang lain,” katanya lagi.

Menurut laporan sebelum ini, Malaysia masih kekal sebagai pengeksport terbesar produk halal dunia dengan nilai eksport berjumlah RM32.8 bilion meskipun jumlah itu hanya meliputi lima peratus daripada keseluruhan jumlah eksport negara tahun lepas.

Pada 2013, eksport negara meningkat 2.4 peratus atau RM17.17 bilion kepada RM719.81 bilion. – Bernama

Sumber

Az-Zain Shah Alam adalah sebuah Pasaraya Mini yang berkonsepkan Halal Mart. Kami menjual produk-produk halal muslim secara runcit dan juga borong. Az-Zain Shah Alam telah mempunyai empat buah rangkaian halal mart lain iaitu Az-Zain Bandar Putera 2, Az-Zain USJ Subang Jaya, Az-Zain Seksyen 27 Shah Alam , dan Az-Zain Alam Budiman. Untuk alamat lengkap sila klik di sini LIHAT LOKASI KAMI

Az-Zain: Produk Baru! Fillet Ikan Tilapia

PRODUK BARU!!
FILLET IKAN TILAPIA.

tilapia
Sustainable Production, Fish Welfare, Good source of feed & Feed ingredients.
Pengeluaran mampan, Kebajikan Ikan, sumber makanan dan ramuan yang baik.

Ikan Tilapia ini diternak dalam mata air bersih di Hutan Hujan Khatulistiwa Tasik Temenggor dan mendapat pengesahan peringkat antarabangsa.

This Tilapia product is globally certified and raised in Pristine Rainforest Spring Water in Lake Temenggor.

Bersama ini kami sertakan beberapa gambar yang diberikan sendiri oleh Dr. Zainol sendiri sewaktu melawat lokasi penternakan ikan tilapia ini.

 

Coklat Hazleen: Mereka adalah sebahagian dari kehidupan kita

hazleen

Ada ketikanya dalam kita sibuk melayari kehidupan ini kita alpa adanya golongan di antara kita yang perlu dibimbing dan dibantu untuk mengecapi kejayaan.

Mereka ini ialah masyarakat Orang Kelainan Upaya atau ringkasnya OKU. Masyarakat ini terbahagi kepada dua kategori, cacat fizikal dan lemah dalam pembelajaran. Memahami hakikat ini Inang Suri sebuah perusahaan pembuatan coklat telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada mereka. Bermula dengan dua orang pekerja kini telah bertambah kepada dua puluh orang.

Mereka akan dipilih melalui temuduga oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum ditawarkan kepada pihak Syarikat. Memandangkan Inang Suri telah dianugerahkan status HALAL oleh Majlis Agama Islam, maka setiap pekerja telah dididik mengutamakan kebersihan, kualiti dan disiplin semasa bekerja.

Proses pengeluaran coklat memerlukan penelitian yang rapi. Oleh itu pemantauan yang teliti amat diutamakan. Sehubungan ini kesabaran adalah sangat penting kerana mengajar satu golongan yang serba kekurangan lebih-lebih lagi dalam aspek pembelajaran bukanlah perkara yang mudah.

Coklat yang dihasilkan oleh Syarikat ini telah menang dalam pertandingan Satu Daerah Satu Industri Kategori Makanan, iaitu Anugerah Usahawan Harapan di peringkat Negeri dan Kebangsaan. Manakala Anugerah Usahawan Mikro Muda di peringkat Negeri untuk Usahawan Muda yang berdaya saing.

Malah dalam Showcase MIHAS 2011 di KLCC coklat jenama yang dikeluarkan oleh Syarikat ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari para Usahawan luar negara. Harapan kami, kiranya ada di anatara Agensi dan Badan-badan Amal yang lain dapat sama-sama memberi sokongan dan kerjasama dalam membantu golongan ini agar mereka juga dapat menyumbang kearah pembangunan Negara.

Hazleen Syafiza – Inang Suri

Sumber artikel

Lihat produk Coklat Hazleen disini.

Jom Kenal Ubat

Penjualan ubat-ubatan dan pil kesihatan di Az-Zain sentiasa dipantau. Kami memastikan produk yang dijual adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Premis kami juga pernah dikunjungi oleh pegawai kesihatan untuk pemantauan.

Tonton video dibawah untuk mengenali ubat.