Monthly Archives: April 2015

Kilang Jijik : Proses Bihun, Laksa Dekat Kandang Babi

Artikel ini dikeluarkan oleh Harian Metro pada 9 April 2009

kilang jijik

adakah anda mencari Bihun yang disahkan Halal?

Bihun Sufi merupakan bihun alternatif bagi umat islam sekarang!

Az-Zain Shah Alam adalah sebuah Pasaraya Mini yang berkonsepkan Halal Mart. Kami menjual produk-produk halal muslim secara runcit dan juga borong. Az-Zain Shah Alam telah mempunyai empat buah rangkaian halal mart lain iaitu Az-Zain Bandar Putera 2, Az-Zain USJ Subang Jaya, Az-Zain Seksyen 27 Shah Alam , dan Az-Zain Alam Budiman. Untuk alamat lengkap sila klik di sini LIHAT LOKASI KAMI

Pengusaha Sayur Pucuk Bumiputera

Artikel ini dikeluarkan oleh Utusan Online pada 26 Februari 2015

fucuk1

BUKIT MERTAJAM 25 Feb. – Sayur pucuk biasanya menjadi ramuan utama dalam penyedia­an sup sayur atau boleh juga dimasak lemak, ditumis air atau pelbagai lagi resipi yang menyelerakan.
Namun begitu agak sukar untuk mendapatkan sayur pucuk yang diusahakan oleh golongan bumiputera dan tidak diragui status kebersihannya.
Menyedari hakikat itu, Hasdey Saidin, 40, berusaha mengekalkan perusahaan membuat sayur pucuk di Tanah Liat dekat sini, yang diwarisi sejak dua generasi lalu.

fucuk2

Menurutnya, perusahaan mem­buat sayur pucuk itu di­mulakan oleh datuknya, Husain Mahmud yang belajar daripada rakan-rakan kaum Cina pada awal tahun 80-an lalu.
“Perusahaan itu kemudiannya diwariskan kepada bapa saya, Saidin Husain sebelum saya mula mengambil alih perniagaan ini sejak beberapa tahun lalu.
“Kini berkat kesabaran, sayur pucuk keluaran keluarga saya telah berjaya menembusi pasaran sehingga ke Melaka, Selangor, Perak dan beberapa kawasan sekitar negeri ini,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui baru-baru ini.

fucuk3

Hasdey menambah, disebabkan proses pembuatannya yang sedikit rumit, tidak ramai golongan bumiputera berani menceburi per­usahaan itu dan dipercayai di nege­ri ini, dia satu-satunya pem­bekal sayur pucuk bumiputera.
Katanya, proses pembuatan sayur pucuk memerlukan banyak kesabaran kerana mengambil masa sehingga sehari suntuk untuk di­siapkan bermula daripada proses merendam kacang soya sehingga diangkat dan dijemur.
Jelas Hasdey, setiap hari sebanyak 130 kilogram (kg) kacang soya berkualiti yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) dan Kanada dicampur dan digunakan untuk menghasilkan kira-kira 30 hingga 32 kg sayur pucuk (kering).

fucuk4
“Proses pembuatan bermula dengan kacang soya direndam semalaman sebelum di mesin se­hingga hancur dan kemudian d­i­perah untuk mendapatkan patinya.
“Pati itu kemudian dimasak di atas dapur yang menggunakan kayu api sehingga mendidih sebelum muncul lapisan yang dipanggil ‘kepala’ iaitu lapisan kuning soya itu yang diangkat dan disidai secara berhati-hati pada kayu panjang.
“Kepala ini akan muncul setiap 12 hingga 15 minit sehingga rebusan soya itu kering sepenuhnya,” ujar Hasdey.

fucuk5

fucuk6

Tambahnya, biarpun bahan asas membuat sayur pucuk ialah kacang soya dan natrium karbonat namun harga pasaran kacang soya yang semakin meningkat menyebabkan proses pembuatan sayur pucuk agak mencabar.
Kata Hasdey, kacang soya import yang digunakannya hari ini berharga RM119 bagi 50 kg berbanding RM43 hingga RM47 (pada kuantiti sama) pada tahun 80-an.
Cabaran lain ialah kacang soya itu tidak boleh direndam terlalu lama kerana boleh mengakibatkannya menjadi masam selain boleh berkulat sekiranya tidak kering dengan sempurna ketika dijemur.

fucuk7

“Saya juga menghadapi cabaran dengan bekalan kayu api yang semakin mahal sekarang dan agak sukar mendapatkan kayu api yang elok.
“Apa pun semua perkara itu tidak menjejaskan semangat saya untuk mengeluarkan sayur pucuk yang mampu menyaingi keluaran kaum lain dan masuk ke pasaran tempatan,” katanya.
Hasdey bertuah kerana men­dapat bimbingan daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dalam aspek pemasaran ser­ta pembungkusan produk serta bimbingan daripada Jabatan Pertanian.
Pada masa depan, dia juga berhasrat untuk membesarkan kilang miliknya serta mencari lokasi yang lebih selesa kerana kini menjalankan perusahaan itu di sebelah rumahnya.

Sumber

Az-Zain Shah Alam adalah sebuah Pasaraya Mini yang berkonsepkan Halal Mart. Kami menjual produk-produk halal muslim secara runcit dan juga borong. Az-Zain Shah Alam telah mempunyai empat buah rangkaian halal mart lain iaitu Az-Zain Bandar Putera 2, Az-Zain USJ Subang Jaya, Az-Zain Seksyen 27 Shah Alam , dan Az-Zain Alam Budiman. Untuk alamat lengkap sila klik di sini LIHAT LOKASI KAMI

Tahniah! Durian Crepe Dafani Menerima Penganugerahan MGDM 2014

Pada 14 April 2015, pengeluar bagi produk Durian Crepe Dafani telah dijemput ke majlis penyampaian anugerah ‘Malaysia Good Design Mark’ (MGDM) bagi tahun 2014.

Malaysia Good Design Mark (MGDM) adalah pengiktirafan reka bentuk tertinggi dari kerajaan Malaysia melalui Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) yang menyokong produk yang membawa kualiti dalam pembuatan reka bentuk . Dengan adanya pengiktirafan , ia memberikan reputasi yang baik bagi syarikat itu di kedua-dua kepercayaan dan keyakinan dalam perniagaan , selain membina keyakinan di kalangan pengguna produk dalam jangka masa panjang.

Berikut merupakan surat jemputan yang mereka terima.
dafani

Jom kita lihat evolusi pembungkusan Durian Crepe Dafani sehingga berjaya memdapat anugerah MGDM.

dafani3

Akhir kata kami di Az-Zain Shah Alam, USJ Subang Jaya dan Bandar Putera 2 mengucapkan ribuan tahniah kepada pihak pengurusan Dafani. Semoga pengusaha-pengusaha muslim yang lain terus berusaha memajukan dan meningkatkan kualiti produk dari masa ke  masa.

dafani2

Ingin mencuba Durian Crepe Dafani? Dapatkan di alamat berikut:

Az-Zain Shah Alam
NO.9, JALAN TUKUL P15/P, SEKSYEN 15, 40200 SHAH ALAM, SELANGOR.

  • Tel. +603-55230323
  • E-mail: produkmuslim@az-zain.com
Az-Zain Shah Alam adalah sebuah Pasaraya Mini yang berkonsepkan Halal Mart. Kami menjual produk-produk halal muslim secara runcit dan juga borong. Az-Zain Shah Alam telah mempunyai empat buah rangkaian halal mart lain iaitu Az-Zain Bandar Putera 2, Az-Zain USJ Subang Jaya, Az-Zain Seksyen 27 Shah Alam , dan Az-Zain Alam Budiman. Untuk alamat lengkap sila klik di sini LIHAT LOKASI KAMI

Perbezaan Susu Kambing Dan Susu Lembu

Bahan yang dilampirkan ini diambil dari laman Facebook Suffy Goat
Jom kita lihat apakah perbezaan susu kambing dan susu lembu

perbezaan susu kambing dan susu lembu

Sumber

Anda mencari Susu Kambing? Klik di sini!

Az-Zain Shah Alam adalah sebuah Pasaraya Mini yang berkonsepkan Halal Mart. Kami menjual produk-produk halal muslim secara runcit dan juga borong. Az-Zain Shah Alam telah mempunyai empat buah rangkaian halal mart lain iaitu Az-Zain Bandar Putera 2, Az-Zain USJ Subang Jaya, Az-Zain Seksyen 27 Shah Alam , dan Az-Zain Alam Budiman. Untuk alamat lengkap sila klik di sini LIHAT LOKASI KAMI

Patin Sangkar Sungai Dan Patin Kolam

Artikel ini diambil dari Laman Facebook Eatime.

Apakah beza di antara patin sangkar sungai dengan patin kolam?

Patin yang segar baru diambil daripada sangkar sungai PAHANG

Patin yang segar baru diambil daripada sangkar sungai PAHANG

Beza yang amat ketara kerana sangkar sungai semestinya di dalam sungai yang airnya sentiasa mengalir tetapi kolam berada di atas darat yang mana pengaliran air yang bukan semulajadi mungkin menggunakan pump untuk pertukaran air. Dari segi kualiti ikan, semestinya patin yang berada di dalam sangkar sungai lebih baik daripada yang berada di dalam kolam. Dikhuatiri patin kolam berbau hanyir dan rasanya yang tidak enak untuk dimakan. Kebanyakan patin yang dibekalkan di restoran-restoran di sekitar Lembah Klang adalah daripada patin kolam. 1965660_679341505445739_816143373_o Sebab itu kenapa ramai orang yang agak ‘FOBIA’ dengan rasa patin kerana ikan tersebut datangnya daripada kolam. Ramai yang beranggapan patin sangat murah seperti yang dijual di kebanyakan hypermarket di Malaysia. Memang ya ianya murah tetapi kualiti ikan patin kolam vs ikan patin sangkar sungai memang ketara bezanya. Beza pula pada patin sangkar sungai yang mana harganya agak mahal tetapi tidak semahal ikan patin ‘LIAR’. Di PAHANG, kebanyakan ikan patin diternak di dalam sangkar yang berada di dalam sungai.

Tempoh matang patin adalah selama 6 bulan dan sedia untuk dijual.

Tempoh matang patin adalah selama 6 bulan dan sedia untuk dijual.

Kami berharap anda semua jelas tentang perbezaan di antara patin sangkar sungai dan patin kolam. Keputusan untuk memilih berada di tangan anda. Sumber

Ingin lihat produk lain keluaran Eatime? Klik di sini!