Monthly Archives: May 2015

Gambar Ayam Tak Putus Urat dengan Ayam Putus Urat

urat yang putus

urat yang putus

urat yang tidak dipotong sempurna

urat yang tidak dipotong sempurna

keratan rentas urat-urat ayam

keratan rentas ketika penyembelihan dilakukan

Cara Penyembelihan.
Disyaratkan penyembelihan itu:
1. Memotong seluruh halqum (saluran nafas) dan seluruh marih (saluran makanan dan minuman).
2. Niat untuk menyembelih ketika melakukan penyembelihan.
3. Jika seseorang memegang pisau di tangannya dan terlepas pisau itu daripada tangannya, lalu terkena leher binatang dan terputus seluruh halqum dan marihnya, tidaklah dikira sebagai penyembelihan, kerana tidak ada niat untuk melakukan penyembelihan, maka tidak halal memakan daging binatang tersebut.
4. Hendaklah binatang itu mati semata-mata disebabkan oleh penyembelihan (tidak dilakukan satu perbuatan lain yang boleh membawa maut kepada binatang itu ketika disembelih).
.
Apabila telah cukup segala rukun-rukun dan syarat-syarat penyembelihan yang tersebut, maka halal binatang itu, kecuali sembelihan yang dimaksudkan kepada selain Allah atau disebutkan sewaktu menyembelihnya selain nama Allah, walaupun sembelihan itu mencukupi segala rukun-rukun dan syarat-syarat yang telah disebutkan.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: “Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi, dan apa yang disembelih dengan menyebut selain nama Allah.” (Surah Al-Nahl: 115

sumber

Az-Zain Shah Alam adalah sebuah Pasaraya Mini yang berkonsepkan Halal Mart. Kami menjual produk-produk halal muslim secara runcit dan juga borong. Az-Zain Shah Alam telah mempunyai empat buah rangkaian halal mart lain iaitu Az-Zain Bandar Putera 2, Az-Zain USJ Subang Jaya, Az-Zain Seksyen 27 Shah Alam , dan Az-Zain Alam Budiman. Untuk alamat lengkap sila klik di sini LIHAT LOKASI KAMI

Terap Nilai Islam Dalam Produk

Artikel ini dikeluarkan oleh akhbar Sinar Harian pada 1/5/15

NUR FARHANA ABDUL MANAN

PUCHONG – Pengguna sering tertipu dengan logo halal. Ini bukan dakwaan tetapi realiti yang berlaku. Malah kira sering dipertontonkan dengan berita berkaitan produk makanan yang disita kerana diragui pembuatannya meskipun tertera logo halal.

Bagi Pengurus Pusat Edaran Wilayah Sentral Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, Wan Fadli Hamzah. 43, yang memasarkan bihun jenama Sufi, berkata, kerisauan itu boleh dihilangkan jika pengguna memilih produk yang 100 peratus dihasilkan orang Islam.

Pengeluar jenama Sufi amat menitikberatkan perkara itu. Bermula dengan pekerja hinggalah ke pemilik syarikat mestilah Islam.

Tiada pekerja asing dibenarkan bekerja untuk mengeluarkan produk kerana ia akan menjamin kebersihannya.

Wan Fadli berkata, bihun dipasarkan berkualiti tinggi dengan kandungan 80 peratus beras dan 20 peratus sagu.

Dengan warna lebih kuning kerana tidak menggunakan peluntur, produk dipasarkan juga tida mudah basi kerana bebas ulat sagu.

“Penghasilannya turut menjalani proses nyah bakteria supaya bihun tidak mudah rosak dan tidak kotor, ” katanya.

Mempunyai dua pek berbeza, pek premium untuk keperluan seisi rumah dan pek ekonomi untuk digunakan pengusaha kantin dan restoran, dan produk turut mendapat kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Istimewanya produk dipasarkan ia hanya perlu direndam 10 minit dan boleh terus dimasak.

Jika pengguna membatalkan hasrat untuk memasak, ia boleh disimpan dalam peti ais dan akan bertukar menjadi keras semula, bihun dipasarkannya juga tidak mudah menyerap air.

“Saya dan pengedar lain terpanggil memasrkan bihun ini untuk menampilkan produk Muslim di pasaran, ramai yang cari tapi tak tahu keluaran bihun mana yang bernar-benar halal cara pemprosesannya.” katanya.

Sehingga kini Wan Fadli berkata, dia mampu memasarkna lebih 15,000 bungkus bihun jenama itu setiap bulan yang diedarkan ke halal mart dan kedai runcit berdekatan stor penyimpanan produk di Batu 13, Puchong.

Sasarannya pada masa hadapan adalah untuk memenuhi pasaran pengguna di seluruh pelosok Selangor termasuk Sabak Bernam dan Hulu Selangor.

“Kita sedang cari ejen utama di daerah, mereka boleh melayari laman sosial bihun sufi Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan atau hubungi talian 0193030262 untuk dapatkan maklumat.” katanya.

BIHUN SUFI3

Kami juga menjual Bihun Sufi secara borong.

Dapatkan terus di alamat berikut:

Az-Zain Shah Alam

  • NO.9, JALAN TUKUL P15/P, SEKSYEN 15, 40200 SHAH ALAM, SELANGOR.
  • Tel. +603-55230323
  • E-mail: produkmuslim@az-zain.com
Az-Zain Shah Alam adalah sebuah Pasaraya Mini yang berkonsepkan Halal Mart. Kami menjual produk-produk halal muslim secara runcit dan juga borong. Az-Zain Shah Alam telah mempunyai empat buah rangkaian halal mart lain iaitu Az-Zain Bandar Putera 2, Az-Zain USJ Subang Jaya, Az-Zain Seksyen 27 Shah Alam , dan Az-Zain Alam Budiman. Untuk alamat lengkap sila klik di sini LIHAT LOKASI KAMI