Monthly Archives: January 2016

Kenapa Perlu Memilih Makanan Kucing?

Semua makhluk ALLAH mempunyai hak masing-masing.
Jika kita ada kucing peliharaan dirumah, mereka bukan sahaja perlu dijaga dengan baik. Malah kita perlu memberi makanan yang berkhasiat.

Apa yang perlu dipastikan ialah kucing peliharaan anda tidak makan makanan yang membahayakan kucing itu sendiri.

Ada sesetengah orang akan letak makanan kucing ditangan mereka dan membiarkan kucing peliharaan mereka makan di tangan mereka.

Memang bagi penggemar dan pencinta kucing, mereka inginkan produk berkualiti tinggi untuk haiwan kesayangan. Tetapi yang paling penting produk yang digunakan mesti bebas daripada unsur-unsur tidak halal kerana ini berkaitan dengan kehidupan seharian.

Jika pengguna tidak prihatin dengan pilihan mereka, ia mungkin membawa kesan tidak baik kepada kesihatan kucing.

Anda boleh dapatkan makanan kucing yang bebas daripada unsur yang tidak halal ataupun unsur babi di cawangan-cawangan kami.

12640432_562581527237637_8830120760097595024_o

makanan kucing

Az-Zain Shah Alam adalah sebuah Pasaraya Mini yang berkonsepkan Halal Mart. Kami menjual produk-produk halal muslim secara runcit dan juga borong. Az-Zain Shah Alam telah mempunyai empat buah rangkaian halal mart lain iaitu Az-Zain Bandar Putera 2, Az-Zain USJ Subang Jaya, Az-Zain Seksyen 27 Shah Alam , dan Az-Zain Alam Budiman. Untuk alamat lengkap sila klik di sini LIHAT LOKASI KAMI

Biskut Kering Menu Minum Petang

Menu minum petang.

Petang nanti jamu keluarga minum petang dengan biskut kering ya!

Untuk makluman semua, biskut ini dibawa oleh usahawan muslim yang beroperasi di Pulau Pinang.

biskut kering

Az-Zain Shah Alam adalah sebuah Pasaraya Mini yang berkonsepkan Halal Mart. Kami menjual produk-produk halal muslim secara runcit dan juga borong. Az-Zain Shah Alam telah mempunyai empat buah rangkaian halal mart lain iaitu Az-Zain Bandar Putera 2, Az-Zain USJ Subang Jaya, Az-Zain Seksyen 27 Shah Alam , dan Az-Zain Alam Budiman. Untuk alamat lengkap sila klik di sini LIHAT LOKASI KAMI

Hebahan Az-Zain Alam Budiman Di Group Whatsapp Penduduk Nusa Rhu

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

GROUP WHATSAPPS

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Nusa Rhu.

Sudah menjadi kebiasaaan kita, di WhatsApps mempunyai group yang pelbagai.
Antara group yang ada ialah kawan-kawan kita sekolah rendah, menengah dan universiti.

Belum termasuk group keluarga dan group di tempat kerja.
Tidak ketinggalan juga penduduk Nusa Rhu mempunyai group WhatsApps mereka sendiri.

Kami dimaklumkan ada antara pelanggan kami tahu kedai kami melalui WhatsApps group tersebut.

Terima kasih kami ucapkan kepada ahli-ahli dalam Group Whatsapp tersebut.

Semoga apa yang kongsikan di media sosial dapat dijadikan saham di akhirat nanti.

whatsapp

Az-Zain Shah Alam adalah sebuah Pasaraya Mini yang berkonsepkan Halal Mart. Kami menjual produk-produk halal muslim secara runcit dan juga borong. Az-Zain Shah Alam telah mempunyai empat buah rangkaian halal mart lain iaitu Az-Zain Bandar Putera 2, Az-Zain USJ Subang Jaya, Az-Zain Seksyen 27 Shah Alam , dan Az-Zain Alam Budiman. Untuk alamat lengkap sila klik di sini LIHAT LOKASI KAMI

Pemasangan Bunting Sekitar Az-Zain Alam Budiman

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Pada minggu lepas team marketing sudah memasang beberapa bunting sekitar Persiaran Pulau Lumut.

Walaubagaimanapun team marketing kami meneruskan usaha supaya penduduk sekitar kawasan Alam Budiman maklum dengan pembukaan kedai kami ini.

Lantaran itu, team marketing kami sudah mengenal pasti tempat-tempat untuk pemasangan bunting.

Permohonon permit untuk pemasangan bunting, team kami sudah pun menghantar borang permohonan di Wisma MBSA, Shah Alam.

Doakan semoga dipermudahkan urusan team marketing kami.

Kedai kami terletak di:
No.15-G, Jalan Pulau Lumut P U10/P,
Taman Alam Budiman, Seksyen U10, 40170 Shah Alam, Selangor.
013-7195 173
Atau Anda boleh membuat cari di waze
“AZ-ZAIN ALAM BUDIMAN”

bunting alam budiman

Az-Zain Shah Alam adalah sebuah Pasaraya Mini yang berkonsepkan Halal Mart. Kami menjual produk-produk halal muslim secara runcit dan juga borong. Az-Zain Shah Alam telah mempunyai empat buah rangkaian halal mart lain iaitu Az-Zain Bandar Putera 2, Az-Zain USJ Subang Jaya, Az-Zain Seksyen 27 Shah Alam , dan Az-Zain Alam Budiman. Untuk alamat lengkap sila klik di sini LIHAT LOKASI KAMI

Delima Pilihan Jaga Kesihatan

Oleh Hidayatul Akmal Ahmad

hidayatulakmal@hmetro.com.my

Punica granatum atau lebih dikenali sebagai buah delima menjadi pilihan ramai masa kini untuk menjaga kesihatan. Ia juga dikenali sebagai pomegranate, rumman, rumien atau rimmon.

Buah delima memang terkenal dengan khasiat kerana mengandungi antioksidan yang tinggi malah kajian menunjukkan kandungan antioksidan dalam buah itu dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah.

Malah kualiti antioksidan delima juga dikatakan lebih baik daripada beri biru, kranberi dan oren kerana polifenol di dalamnya lebih tinggi.

Ketika ini ramai pengusaha produk kecantikan mahupun makanan berlumba menggunakan buah delima dalam produk mereka disebabkan khasiatnya.

Bagi pencinta aiskrim, anda boleh mendapatkan khasiat buah delima melalui Magnum Pink Pomegranate yang dihasilkan daripada seratus peratus buah delima asli serta coklat Belgium.

Menurut Chef Isadorai Chai, umum mengetahui buah delima menjadi pilihan ramai masa kini untuk menjaga kesihatan. Ia kaya dengan sodium dan mengandungi unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Kajian dijalankan juga menunjukkan buah delima mengandungi zat protein dan lemak dalam kuantiti sedikit.

“Selain bagus untuk kesihatan, buah delima juga tidak mempunyai kandungan gula yang tinggi malah lebih baik berbanding buah oren.

“Selain itu coklat pahit (dark chocolate) juga kaya dengan kandungan mineral penting antaranya, kalium, kalsium, magnesium, zat besi dan tembaga selain mineral coklat juga mengandungi vitamin C yang sangat baik untuk memperkuat sistem imun,” katanya ketika ditemui pada pelancaran Magnum Teases Upcoming Ice Cream Launch Through A Molecular Gastronomic di ibu negara, baru-baru ini.

Jelasnya lagi, pesakit kecing manis juga boleh makan buah delima tetapi dalam kuantiti yang sederhana kerana setiap buah mempunyai rasa manis sendiri.

“Saya percaya setiap makanan yang diambil dalam kuantiti yang sederhana tidak akan mendatangkan kesan mudarat. Semuanya terpulang kepada individu itu sendiri,” katanya.

Delima berasal dari Iran dan juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Daun delima mempunyai permukaan yang berkilat dan berbentuk oblong berukuran antara tiga hingga tujuh sentimeter (sm) panjang dan 1.3sm lebar.
Bunga delima berwarna merah terang, ada yang mempunyai bunga oren terang terutama bagi spesies delima katik atau kerdil (dwarf pomergranate) atau nama saintifiknya punica granatum nana.

INFO
MANFAAT DELIMA

– Dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Penelitian dijalankan American Journal of Clinical Nutrition, mendapati antioksidan dalam delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).

– Dapat mencegah dan mengubati barah. Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati pelbagai jenis barah. Jus delima dapat menghancurkan sel barah payudara dan mengaktifkan sel sihat. Ini kerana ekstrak biji delima kaya dengan polifenol yang berupaya memulihkan leukemia.

– Ia merencatkan barah paru-paru dan prostat. Dalam penelitian terhadap 50 lelaki yang minum 205 gram jus delima setiap hari didapati melambatkan ukuran perkembangan barah prostat.

– Buah delima dikatakan mencegah dan melambatkan penyakit Alzheimer. Kajian dijalankan ke atas tikus yang diberi minum jus delima menunjukkan sel aktif meningkat.

– Kandungan gula dalam delima bertindak sebagai ‘penggosok’ untuk menyingkirkan sel kulit mati. Hasilnya kulit segar dan muda.

– Kulit buah delima boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Kulitnya yang dijemur dikisar dan digunakan bersama sedikit air perahan limau nipis.

– Dapat menghilangkan kejang kaki yang biasa dihadapi wanita hamil.

– Bagi ibu mengandung, delima baik diambil kerana kandungan asid folik tinggi mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit bibir sumbing pada bayi.

– Ketika membeli delima, pilih buah yang berat dan kulitnya bersih tanpa cela serta tidak merekah.

– Boleh dibeli banyak kerana ia tahan enam bulan dalam peti sejuk.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2016 @ 5:00 AM
Sumber

delima01.transformed