Daily Archives: May 13, 2017

Bungkusan Mempengaruhi Kualiti Mee -Delimaz

Permulaan perniagaan  Mee Delimaz adalah pada tahun 2006.
Pada awal perniagaan Mee Delimaz dikenali sebagai jenama Delima. Ketika Puan Noraini Kamarudin pengusaha Mee Delimaz ketika itu ingin daftar dengan SIRIM. Mendapati nama Delima yang digunakan ketika itu sudah digunakan. Pengurusan Mee Delimaz dengan kata sepakat menukarkan jenama menjadi Delimaz. Jadi hingga kehari ini Mee Delimaz dikenali sebagai peneraju no 1 Mee Halal Malaysia.
17554464_849616958520932_3625783807741643104_n

Ketika awal-awal tahun 2006, bungkusan Mee Delimaz hanya menggunakan plastik biasa. Plastik yang sering digunakan untuk bungkus lauk,plastik jenis itulah digunakan untuk bungkus mee Delimaz. Ketika itu ketahanan mee  hanya tahan boleh tahan sehingga 2 hari sahaja. Jika gunakan plastik atau bungkusan yang sesuai tahap ketahanan mee akan jadi panjang. Mee dapat bertahan dalam masa 3 hari hingga 4 hari.
Jenama-jenama mee  besar yang ada dijual dipasaraya menggunakan plastik jenis OOP.

plastik-oop-300x225_zpskou89txg

Plastik Oriented Polystyrene (OOP) digunakan untuk bungkus roti, snack, t-shirt, baju dan jacket agar menambah keindahan dan penampilan produk. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenis-jenis plastik boleh ke sini.

 

Plastik ini juga tahan cahaya matahari dan mee tak mudah berwap. Wap ini yang punca menjadi mee cepat rosak dan tidak tahan lama. Jika guna plastik OOP ini, ketika pencetakan label akan lebih kelihatan kemas hasilnya.
Untuk sekarang ini Mee Delimaz  bungkusan jenis High Density Polyethylene (HDPE). Kebiasannya plastik ini dikenali sebagai Hymo. Diambil kira dari segi kos dan kualiti plastik ini gred kedua selepas OPP.

17554396_850285028454125_2240426131485565740_n

Kekurangan plastik ini adalah cetakan akan tertanggal jika terkena minyak. Plastik Hymo juga tidak tahan dibawah pencahayaan matahari bukan itu sahaja, plastik ini tidak tahan panas ‘heater’ mesin pembungkusan.Perkara ini menyebabkan plastik yang digunakan melekat pada ‘roller’ mesin. Kos bertukar menjadi mahal apabila suku dari satu roll plastik tidak dapat digunakan lagi. InsyaAllah akan datang dalam perancangan Mee Delimaz akan tukar plastik jenis OPP. Akan nampak lebih kemas dan cantik bungkusannya seiring dengan jenama-jenama besar yang ada dijual di pasaraya.

Kami Az-Zain Shah Alam mendoakan kejayaan Mee Delimaz dalam menerajui dalam bidang pemakanan Halal khususnya untuk produk mee.
Produk Mee Kuning Delimaz boleh didapati di semua rangkaian kami.

Mee Kuning Delimaz

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Mee Kuning Delimaz boleh kunjungi laman Facebook mereka: Mee Kuning Delimaz