Beli Produk Muslim Bantu Ekonomi Umat Islam

By | February 24, 2014

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
24 Februari 2014

imageSHAH ALAM – Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin hari ini mengingatkan umat Islam supaya lebih mengutamakan produk Muslim ketika berbelanja bagi membantu ekonomi umat Islam di negara ini.

Menurutnya, sebagai umat Islam kita perlu mempunyai sikap ‘ukhuwah Islamiah’ (persaudaraan sesama Islam) iaitu ingin membantu ekonomi sesama umat Islam.

“Saya bagi satu contoh, bila kita hendak beli ada dua produk, satu produk keluaran Muslim, satu lagi produk bukan Muslim, walaupun tidak salah hendak beli produk tersebut, sebab kuasa membeli adalah hak kita.

“Namun apabila kita beli produk yang Muslim tersebut, sekurang-kurangnya kita telah membantu saudara Muslim kita.

“Dengan itu kita boleh mempertingkatkan lagi taraf ekonomi umat Islam. Kita patut memberi keutamaan kepada barangan saudara Muslim walaupun kadangkala harganya lebih tinggi sedikit.

“Saya pun sentiasa memesan kepada isteri saya agar sekiranya ingin berbelanja, belilah produk keluaran Muslim,” katanya ketika menjawab persoalan peserta Wacana Sinar Harian siri ke-26 berjudul ‘Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran’ yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Turut hadir dalam wacana tersebut adalah tokoh korporat negara, Tan Sri Muhammad Ali Hashim dan Ketua Pengarah Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

Wacana kali ini menampilkan moderator yang tidak asing lagi, penganalisis politik Asia Barat dan Afrika, Dr Maszlee Malik.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *