fbpx
‘Bihun Istimewa’ Cap Masjid India Tiada Sijil Halal Jakim – Pengarah Hab Halal

‘Bihun Istimewa’ Cap Masjid India Tiada Sijil Halal Jakim – Pengarah Hab Halal

Artikel ini dikeluarkan oleh Astro Awani pada 11 Jun 2014

KUALA LUMPUR: ‘Bihun Istimewa’ cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak mempunyai sijil halal yang sah, demikian menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Selasa.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata produk bihun itu mengguna pakai logo halal sendiri pada pembungkusan dan ia bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Kenyataan itu dikeluarkan di laman web Jakim berikutan penyebaran beberapa keping gambar pemprosesan bihun istimewa yang kotor dan jijik di laman sosial, pada Selasa.

Mengenai kicap ‘ABC Saus Manis’ yang didakwa menggunakan botol arak, Hakimah memaklumkan produk tersebut adalah tiruan dan tidak menggunakan logo halal Jakim.

“Produk tersebut dikilangkan semula di kilang yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan telah diambil tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berdasarkan aduan orang awam,” katanya.

Hakimah berkata produk ‘ABC Saus Manis’ yang asli dikilangkan di Indonesia dan mempunyai pengesahan halal daripada badan pensijilan halal Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang diiktiraf Jakim.

Sumber

 

Ekoran peristiwa ini, JAKIM juga ada memuat naik kenyataan di Facebook pada 10 Jun 2014 seperti berikut.

bihun_kotor

 

adakah anda mencari Bihun yang disahkan Halal?

Bihun Sufi merupakan bihun alternatif bagi umat islam sekarang!

 

 

Leave a Reply

Close Menu