Buah Kurma Dari Timur Tengah Dijangkiti Virus ‘Corona’?

Buah Kurma Dari Timur Tengah Dijangkiti Virus ‘Corona’?

Baru-baru ini tular di media sosial bahawa larangan untuk membeli buah kurma dari timur tengah kerana dijangkiti Virus Corona. Kami ingin berkongsi hasil maklumat yang kami peroleh sebagai salah satu proses untuk mendapat pengesahan maklumat sebelum kita mengambil keputusan untuk menyebarkan sesuatu maklumat.

Antara laman web yang boleh kita dapatkan maklumat adalah di Sebenarnya.my.

SEBENARNYA-LOGO-02
Portal SEBENARNYA.MY adalah sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak dan melapor berita yang tidak ditentusahkan, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain. Dengan adanya portal ini diharap gejala penularan berita palsu dalam talian yang boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara, dapat ditangani dengan berkesan.

Berikutan hebahan berkenaan buah kurma dijangkiti virus Corona ini, terdapat dalam dua versi.

Versi 1 – Bahasa Melayu
kurma-BM

Versi 2 – Bahasa Inggeris
kurma-BI

Isu ini telah dijawab sendiri oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti berikut:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada isu jangkitan coronavirus yang disebabkan oleh kelawar ke atas buah kurma dari negara Timur Tengah yang tular di dalam media sosial.

KKM telah membuat semakan mengenai perkara ini dengan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO) untuk mendapatkan maklumat samada terdapat sebarang amaran atau makluman yang telah dikeluarkan oleh Negara Timur Tengah atau negara lain. Pihak WHO memaklumkan buat masa ini tiada amaran berkaitannya yang dikeluarkan oleh pihak WHO mahupun Kementerian Kesihatan negara yang dinyatakan.

WhatsApp Image 2017-05-20 at 4.28.15 PM.jpeg

Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak mempercayai berita-berita yang tidak tepat yang boleh mengelirukan dan boleh menimbulkan panik di kalangan masyarakat. Perkongsian mesej tular yang tidak tepat boleh menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat dan menggugat kesejahteraan umum.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

20 Mei 2017

Sumber

Sama-sama kita semak Info sebelum disebarkan di media sosial.
Ingin dapatkan kurma yg berkualiti? Kunjungi cawangan az-zain berdekatan anda

 

 

 

Leave a Reply

Close Menu