Cara Guna Susu Kambing Frozen

By | February 9, 2017

20170329_110025

Untuk minum Susu Kambing yang telah dibekukan ini anda perlu letak diluar selama 5-6 jam sebelum minum.
Antara cara yang mudah untuk anda cairkan susu kambing ini adalah:

  1. Letak dalam bekas berisi air.

    20170329_115354

    Susu Kambing yang frozen ini boleh direndam dengan air panas atau pun air yang biasa.

  2. Letak dalam chiller.

    Susu Kambing

    Simpan Susu Kambing di dalam chiller sebelum tidur, esok pagi boleh terus minum

Dan diingatkan supaya tidak keluar masuk banyak kali susu kambing yang telah dibuka. Kadang-kadang ada  susu kambing  diberikan kepada bayi. Mustahil seorang bayi mampu menghabiskan 250ml dalam satu hari. Jadi kaedah yang boleh digunakan adalah:

  1. Cairkan susu kambing yang dibeli itu.
  2. Letak dalam plastik lut sinar jenis -PE.

    susu kambing

    Bahagikan susu kambing mengikut keperluan bayi untuk sekali minum. Jika tidak jumpa plastik ini, anda boleh guna plastik yang buat ais krim Malaysia.

  3. Bekukan semula.

Susu Kambing Frozen boleh didapati di semua rangkaian kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *