3 Cara Yang Biasa Digunakan Untuk Memastikan Keaslian Madu

By | February 24, 2015

1. Ujian Makmal
Kita masih belum mempunyai standard untuk menguji keaslian madu tempatan samada madu yang dibela atau madu liar. Justeru itu kita hanya merujuk kepada negara Barat dan Amerika seperti USFDA, CODEX dan lain-lain ujian mungkin tepat untuk madu yang dibela, tetapi tidak tepat untuk madu Liar.

Jika dibuat ujian untuk madu liar biasanya hasil ujian tidak akan consistant bagi setiap masa. Secara logiknya, sumber nektar yang pelbagai dan tidak dapat dikenal pasti akan menyebabkan hasil ujian yang pelbagai juga. Madu tualang mungkin mempunyai puluhan atau lebih dari seratus nektar. Setiap tahun nektar dikumpul dari bunga yang berbeza. Lihat sahaja pada warna, bau dan rasa madu yang tidak semestinya konsisten setiap musim dan tahun.

Tidak seperti madu yang dipelihara, biasanya sumber nektar hanya satu atau lebih. Ujian biasanya dilakukan bagi perkara-perkara seperti berikut.

  1. Kandungan Air (Water Content) – Standard antara 16-25%
  2. Gula Penurun ( Reducing Sugar) – Standard antara 78%-83%
  • Fruktosa(Fructose)
  • Glukosa(Maltose)
  • Maltosa(Maltose)

3. Sucrose –  Standard kurang dari 10 %

4. HMF (HydroxyMethyFurfural)

5. Keaktifan Glukosa

Oleh yang demikian, ujian makmal bukanlah pemutus kepada permasalahan samada ianya madu asli atau tidak. Kini terdapat madu buatan (sintetic) yang jika diuji keputusannya adalah lebih baik daripada madu asli. Sebagai contoh, ujian kandungan Sucrose amat rendah jika dibandingkan dengan madu asli.

2. Ujian Rasa/Aroma(bau)/Bentuk fizikal Madu – Melalui pengalaman.

Hanya orang yang benar-benar berpengalaman sahaja yang tahu tentang rasa dan aroma (bau) madu asli sebenar. Itu pun bagi yang sudah terbiasa pada satu atau lebih jenis madu sahaja dan tidak akan tepat jika jenis madu yang beliau tidak biasa dengannya. Rakan kepada Pengarah Urusan TLH Product Industries  mempunyai 30 tahun pengalaman mengambil madu tualang, namun beliau sendiri tidak boleh minum madu, kerana akan mengalami pening-pening selepas itu.

3. Menyertai Pasukan Pengambilan Madu

Inilah cara yang paling berkesan untuk memastikan madu itu benar-benar asli dan tulen. Kita akan dapat merasa madu yang masih segar (fresh) dengan aroma (bau) yang memukau apabila kita menjadi orang pertama minum madu yang diambil terus dari sarang. Keenakannya sukar dinyatakan secara lisan dan inilah yang diamalkan oleh Pengasas TLH PRODUCT INDUSTRIES.

sumber

Lihat produk yang dikeluarkan TLH Product Industries

Az-Zain Shah Alam adalah sebuah Pasaraya Mini yang berkonsepkan Halal Mart. Kami menjual produk-produk halal muslim secara runcit dan juga borong. Az-Zain Shah Alam telah mempunyai empat buah rangkaian halal mart lain iaitu Az-Zain Bandar Putera 2, Az-Zain USJ Subang Jaya, Az-Zain Seksyen 27 Shah Alam , dan Az-Zain Alam Budiman. Untuk alamat lengkap sila klik di sini LIHAT LOKASI KAMI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *