Coklat Minda Sudah 7 Tahun Di Pasaran

By | April 9, 2015

 

Artikel ini diambil dari laman Facebook Coklat Minda
coklat minda (2)
5 perkara tentang Coklat Minda, yang kadang-kadang anda tak perasan walaupun sudah 7 tahun ia di pasaran.

Coklat Minda jenama hijrah sudah 7 tahun berada di pasaran Malaysia, Singapura & Brunei.

Alhamdulillah sudah ramai pengguna yang berpuashati dan mendapat manfaat dari coklat minda hijrah ini.

Sekadar nak kongsikan 5 perkara mengenai coklat minda, yang mungkin kadang-kadang anda tak perasan walaupun anda kerap ulang beli coklat minda ni.

1. Pengalaman pengguna yang banyak, benar dan bukan cerita rekaan.

Semenjak tahun 2007 lagi iaitu tahun pertama Coklat Minda dipasarkan, kami bermula mengumpulkan pengalaman pengguna atau testimoni, ketika kami buka meja di pasar pagi ahad, seksen 13, Shah Alam lagi.

Testimoni itu datangnya dari pengguna yang pertama kali menggunakan coklat minda dan datang ulang beli kepada kami.

Ianya hendaklah bertulis dan ada tandatangan sekali dengan pengakuan yang cerita mereka adalah benar melainkan yang benar, siap letak nombor telefon lagi.

Mereka tidak mengada-adakan cerita semata-mata nak glamour atau nak masuk muka dalam pamplet or brochure.

Masa tu dalam tahun 2007, Social media terutama FB ni belum meluas lagi penggunaannya. So pada masa tu, sesiapa yang mahu lihat sendiri testimoni-testimoni bertulis tu kena datang ofis ataupun pasar karat seksen 13, Shah Alam.

Tapi itu dulu,

Sekarang ni senang. Dengan adanya FB fanpage ni, anda boleh lihat sendiri komen-komen positif dari pengguna yang pernah menggunakan coklat minda ini.

Jika rajin anda boleh lihat sendiri ke setiap “posting” coklat minda, dan “scroll down” pada komen-komen tu,
anda sendiri akan lihat komen-komen atau pengakuan mereka-mereka yang pernah menggunakan coklat minda ni.

Jika kurang sikit rajinnya, anda clik sini –> https://www.facebook.com/notes/coklat-minda/siapa-yang-kata-/783785415004530

Kami ada kumpulkan sikit komen-komen mereka, tapi itu pun komen-komen lama, tahun lepas. Yang tahun ini kami sedang kumpulkan.

Ok,

Mungkin ada yang terdetik dalam hati,

“semua komen-komen bagus je, tak kan lah bagus semua. memang la. Nak jual produk bagi laku, akan letak yang bagus-bagus je.” (dalam hati)

Ini admin jawab dalam hati juga,

“Memang la kena letak yang bagus – bagus, jika tak bagus, FREE pun aku tak nak ” (dalam hati) smile emoticon

Semua peniaga suka produk mereka laku, so macam mana nak bagi laku produk tu, kena la beritahu kebaikan produk tu, kena la cerita manfaat produk tu pada pengguna, kena la cerita bagaimana produk tu dapat membantu pengguna seperti anda.

Dan yang paling penting ia bukan rekaan.

Contohnya begini :

Coklat minda boleh membantu untuk tingkatkan fokus anak-anak ketika belajar,

Coklat minda boleh membantu untuk mudahkan anak anda bangun pagi,

Coklat minda boleh membantu untuk dorong sikap positif anak anda.

Coklat minda boleh membantu untuk kuatkan daya fikir dan ingatan.

Inshallah.

Semua kebaikan dan manfaat tu kami ambil dari komen-komen anda juga, bukan rekaan atau tipu daya.

So, tak kan bagus semua kot?

Betul, mana ada produk yang bagus untuk semua orang dan sesuai untuk semua orang.

Selama 7 tahun ni, memang ada yang makan lebih 1 botol tapi tak Nampak kesan, ada juga yang alahan. Tapi tak ramai.

Itu sebab kami beri jaminan pulang barang dan pulang wang.

Jadi kesimpulannya,

pilihan di tangan anda. tepuk dada, tanya COKLAT MINDA. smile emoticon

*** 4 fakta yang seterusnya, kami akan kongsikan di posting yang lain, berjela panjang dah ni.

Sumber

Ingin mengetahui tentang Coklat Minda? Klik di sini.

Az-Zain Shah Alam adalah sebuah Pasaraya Mini yang berkonsepkan Halal Mart. Kami menjual produk-produk halal muslim secara runcit dan juga borong. Az-Zain Shah Alam telah mempunyai empat buah rangkaian halal mart lain iaitu Az-Zain Bandar Putera 2, Az-Zain USJ Subang Jaya, Az-Zain Seksyen 27 Shah Alam , dan Az-Zain Alam Budiman. Untuk alamat lengkap sila klik di sini LIHAT LOKASI KAMI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *