Home  »  Gula Pasir Kasar   »   Gula Pasir Kasar CSR naik RM2.95

Gula Pasir Kasar CSR naik RM2.95

By | March 2, 2017

PUTRAJAYA 2 Mac – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga baharu gula pasir putih bertapis kasar sebanyak RM2.95 sekilogram berkuat kuasa 1 Mac.

GULA PASIR KASAR CSR

GULA PASIR KASAR CSR

KPDNKK dalam satu kenyataan memberitahu, harga baharu itu adalah di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No.2) 2017.

“Hal ini disebabkan peningkatan ketara harga gula mentah dunia yang diimport oleh Malaysia. Namun kerajaan masih mengawal harga tersebut pada paras paling minimum,” jelas kenyataan itu di sini hari ini.

Kali terakhir harga gula dikemaskini ialah pada 25 Oktober 2013.-UTUSAN ONLINE.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/gula-pasir-putih-naik-rm2-95-1.451337#ixzz4c7OCMqrL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This is a demo store for testing purposes — no orders shall be fulfilled. Dismiss