Home  »  Berita   »   Hati-hati beli bebola ikan – Jakim

Hati-hati beli bebola ikan – Jakim

By | February 12, 2015

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Umat Islam dinasihat berhati-hati apabila membeli bebola ikan kerana kebanyakan yang dijual di pasaran mengandungi plasma darah haiwan.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd. Amri Abdullah berkata, plasma darah haiwan yang digunakan adalah terdiri daripada ayam, lembu dan babi bertujuan mencantikkan serta menambah kualiti bebola ikan supaya lebih kenyal.

“Justeru, orang Islam perlu berhati-hati ketika membeli bebola ikan di pasaran dengan memastikan terdapat sijil halal Jakim pada produk tersebut,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Pensijilan Halal Jakim: Integriti Menangani Skandal dan Isu-Isu Berkaitan Halal di Malaysia dalam Seminar Industri Halal di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

bebola ikan

sumber

Az-Zain Shah Alam adalah sebuah Pasaraya Mini yang berkonsepkan Halal Mart. Kami menjual produk-produk halal muslim secara runcit dan juga borong. Az-Zain Shah Alam telah mempunyai empat buah rangkaian halal mart lain iaitu Az-Zain Bandar Putera 2, Az-Zain USJ Subang Jaya, Az-Zain Seksyen 27 Shah Alam , dan Az-Zain Alam Budiman. Untuk alamat lengkap sila klik di sini LIHAT LOKASI KAMI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This is a demo store for testing purposes — no orders shall be fulfilled. Dismiss