Apa Itu Makanan Berfungsi?

MENGAPA MAKANAN HALALAN & TOYIBA  PENTING UNTUK
FUNGSI OTAK DAN KESIHATAN?

MAKANAN UNTUK KECERDASAN MINDA

Makanan mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap tubuh badan, jiwa, emosi dan akal kita. Nutrien atau zat-zat yang didapati daripada makanan berupaya mempengaruhi fungsi otak dan sekaligus mempengaruhi tingkah laku dan juga kecerdasan otak seseorang itu. Dalam erti kata lain, otak kita akan membangun dan berfungsi dengan baik dengan adanya sumber-sumber protin, asid amino, lemak, karbohidrat, serat, vitamin dan garam galian yang diperolehi daripada unsur pemakanan yang diambil.

Dengan berbagai makanan yang terdapat ketika ini, tentunya menjadi tanggungjawab kita  untuk memilih makanan yang terbaik dan memberi kesan terpantas terhadap pembangunan minda dan kesihatan. Secara amnya, makanan terbaik ialah makanan sunnah yang halal lagi bersih (Halalan & Thoyiban), seimbang, berzat dan berjadual.  Makanan sebegini dipanggil makanan berfungsi.

Buat pertama kailnya di Malaysia, syarikat AZ-ZAIN telah berjaya memformulasikan Makanan Berfungsi yang  selaras dengan tuntutan Syariat Halalan & Thoyiban.

APA ITU MAKANAN BERFUNGSI

Makanan berfungsi (functional food) adalah  makanan yang telah diproses ataupun yang masih segar yang bertindak membina kesihatan tubuh. Ia menawarkan kekebalan imuniti dan mengawal tubuh daripada diserang penyakit kronik. Selain daripada itu, ia juga menawarkan pelbagai nutrient tambahan yang tidak terdapat dalam makanan biasa.

Islam telah meletakkan kesihatan sebagai nikmat yang termulia selepas nikmat iman. Ditemukan peringatan bahwa perut merupakan sumber utama penyakit: Al-ma’idat bait adda’. Oleh karena itu, banyak sekali tuntutan ditemui, baik dari Al-Quran mahupun dari hadis Rasullullah s.a.w. yang berkaitan dengan sifat-sifat makanan dan juga kadar pengambilannya.

Az-Zain Shah Alam adalah sebuah Pasaraya Mini yang berkonsepkan Halal Mart. Kami menjual produk-produk halal muslim secara runcit dan juga borong. Az-Zain Shah Alam telah mempunyai empat buah rangkaian halal mart lain iaitu Az-Zain Bandar Putera 2, Az-Zain USJ Subang Jaya, Az-Zain Seksyen 27 Shah Alam , dan Az-Zain Alam Budiman. Untuk alamat lengkap sila klik di sini LIHAT LOKASI KAMI