Keistimewaan Ayam Organik

AZ-ZAIN merupakan syarikat yang pertama di Malaysia bukan sahaja fokus terhadap isu-isu Hallalan Thoyiba malah menawarkan makanan berfungsi dengan mengadunkan, makanan sunnah, herba terpilih dan bahan mentah yang berkualiti. azzain4

Formulasi AZ-ZAIN sangat berbeza dan nyata berbeza, semua formulasi AZ-ZAIN diperkayakan dengan makanan berfungsi seperti innulin (pre-biotik) manna-wasalwa (Arabic Gum dari Sudan) rice–bran (kaya anti-oxidan), ekstrak kurma dan banyak lagi bahan yang menawarkan pelbagai faedah kesihatan.

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk melayari laman sesawang AZ-ZAIN. Di sini anda akan mempelajari dan memahami bagaimana makanan 100% Hallalan Thoyiba sampai ke pinggan anda. Anda berhak mendengar cerita sebenar mengenai makanan yang menepati syarat Hallalan Thoyiba ini daripada kami AZ-ZAIN dan saya Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja.

azzain5Harapan kami agar laman sesawang ini dapat menjadi sumber rujukan untuk anda mempelajari bukan tentang produk-produk AZ-ZAIN tetapi menghayati Fiqh keutamaan dan Jihad Muammalat supaya kita bersama menjadi hamba yang taat kepada semua perintah Allah SWT.

Insya Allah dengan izin Allah SWT, AZ-ZAIN berusaha sedaya upaya untuk terapkan kesemua aspek Maqasid Syariat (tuntutan agama) dalam menyediakan makanan 100% Hallalan Thoyiba, yang digelar dalam dunia perubatan sebagai makanan bernutrisi dan berfungsi.

Umat Islam perlu memerdekakan daripada menjadi hamba kepada kufar musyrikin yang sengaja merancang untuk mencacatkan aqidah Umat Islam dengan meracuni makanan Umat Islam dengan semua bahan-bahan yang jelas diharamkan Islam.

Dalam beberapa tahun, AZ-ZAIN telah membina reputasi sebagai pembekal makanan Hallalan Thoyiba yang dipercayai sejajar dengan itu, AZ-ZAIN akan sentiasa dinamik walaupun dengan keadaan pasaran yang sentiasa berubah-ubah. Kami juga akan sentiasa menawarkan harga yang berpatutan di dalam keadaan yang menguntungkan semua orang.

Kehidupan yang sihat.

azzain6

Jika kehidupan yang sihat bergantung kepada pengetahuan mengenai tubuh sendiri, maka mengetahui apa yang dimakan dan dari mana ia datang adalah sama pentingnya untuk menjaga amal ibadah kita supaya doa dan ibadat kita diterima Allah SWT.

Makanan berfungsi adalah makanan atau komponen pemakanan yang mampu membekalkan faedah kesihatan yang melangkaui asas nutrisi. Kita boleh mengawal kesihatan melalui pemilihan makanan, dengan mengetahui sesetengah makanan yang mampu membekalkan faedah kesihatan yang lebih spesifik.

Dari Meja
Ketua Penyelidikan & Pembangunan
Berkhidmat Untuk Ummah
Dr. Mohamad Zainol Bin Ahmad Haja

Az-Zain Shah Alam adalah sebuah Pasaraya Mini yang berkonsepkan Halal Mart. Kami menjual produk-produk halal muslim secara runcit dan juga borong. Az-Zain Shah Alam telah mempunyai empat buah rangkaian halal mart lain iaitu Az-Zain Bandar Putera 2, Az-Zain USJ Subang Jaya, Az-Zain Seksyen 27 Shah Alam , dan Az-Zain Alam Budiman. Untuk alamat lengkap sila klik di sini LIHAT LOKASI KAMI