Insiden Di Mekah : Takziah Dari Az-Zain Shah Alam

By | September 14, 2015

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Kami mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga yang terlibat dalam insiden kren tumbang di Masjidil Haram.

Pada pagi tadi ada perkongsian di radio IKIM.fm oleh Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani berhubung isu ini.

Beliau mengajak para pendengar agar melihat insiden ini dari sudut yang lebih baik. Peristiwa ini adalah qada’ dan qadar yang ditentukan oleh Allah kepada tetamu Nya.

Kematian yang ditentukan tidak akan lari walau sesaat.

Lihat kematian yang ditentukan ini adalah di Rumah Allah. Dalam keadaan berzikir kepada Allah. Malah sedang beribadat kepada Nya. Bukan kematian di tempat yang berlaku maksiat di dalamnya.

Jadi apakah kita akan dapat kematian yang lebih baik daripada ini?

Mari kita sama-sama memohon keampunan kepada Allah. Moga kita juga dimatikan dalam keadaan beriman, di waktu dan lokasi yang baik. Insya Allah.

الفاتحة.

12002314_1251507368209450_8010938570675899256_n

Az-Zain Shah Alam adalah sebuah Pasaraya Mini yang berkonsepkan Halal Mart. Kami menjual produk-produk halal muslim secara runcit dan juga borong. Az-Zain Shah Alam telah mempunyai empat buah rangkaian halal mart lain iaitu Az-Zain Bandar Putera 2, Az-Zain USJ Subang Jaya, Az-Zain Seksyen 27 Shah Alam , dan Az-Zain Alam Budiman. Untuk alamat lengkap sila klik di sini LIHAT LOKASI KAMI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *