Jemputan Ke Pembukaan Cawangan Baharu- Az-Zain Subang Impian

Jemputan Ke Pembukaan Cawangan Baharu- Az-Zain Subang Impian U5, Shah Alam.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Kami dengan rendah menjemput Tuan/Puan dan sekeluarga ke Majlis Pembukaan Az-Zain Subang Impian pada 03 Februari 2018.

 

Butiran lanjut mengenai majlis adalah seperti dibawah:

Tarikh: 3 Februari 2018.

Hari : Sabtu

Masa :9.00 pagi – 2.00 petang.

Aktiviti : Jamuan makan, Cabutan bertuah, Uji Rasa produk, Hadiah Cenderahati, Derma Darah.

Tempat: Di Hadapan Az-Zain Subang Impian

Untuk maklumat lebih lanjut hubungi 013-7195173. Jangan lupa like page kami di Facebook Az-Zain Subang Impian.

 

Program Derma Darah

Insya Allah cawangan kami yang ke-6. Az-Zain Subang Impian!

Sempena pembukaan Az-Zain Subang Impian pada 03 Februari 2018,

Pusat Darah Negara (PDN) telah bersetuju untuk menganjurkan kempen derma darah dengan unit bergerak (Bas) mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Selain dari kempen derma darah anda dijemput untuk menikmati hidangan percuma yang disediakan sempena program pembukaan cawangan halal mart ini.

Sumbangan Pembekal

Alhamdulillah kami baru sahaja menerima produk sumbangan Ne’mah Frozen Food iaitu Cucur Badak.

Cucur Badak Ne’mah ini akan disajikan secara percuma kepada semua yang hadir ke Program Derma Darah Sempena Pembukaan Az-Zain Subang Impian pada 03 Februari 2018 bersamaan hari Sabtu mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Untuk makluman cucur badak Ne’mah ni merupakan produk cucur badak yang terlaris di semua outlet kami. Jadi kepada mana-mana yang ingin mencuba boleh hadir pada 03 Februari 2018 nanti.

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pembekal-pembekal yang memberi sokongan berbentuk hidangan dan juga door gift!

Jom sokong produk halal!

 

Jika ditanya oleh pelanggan, roti canai mana yang paling banyak dibeli oleh pelanggan lain, kami akan jawab roti canai Hani’s. Untuk rekod, kami telah menjual 13,195 keping di semua outlet pada tahun 2017!

Alhamdulillah kami telah menerima 100 keping roti canai Hani’s untuk disediakan kepada para pengunjung pada pembukaan Az-Zain Subang Impian.

Bagi yang ingin mencuba kenapa Roti Canai Hani’s ini menjadi pilihan para pelanggan kami, semua dijemput hadir ke Program Derma DarahSempena Pembukaan Az-Zain Subang Impian pada 03 Februari 2018 bersamaan hari Sabtu mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pembekal-pembekal yang memberi sokongan berbentuk hidangan dan juga door gift!

Jom sokong produk halal!

 

Beberapa pembekal kami sudah mengesahkan memberi sumbangan untuk jamuan makan sempena Program Derma Darah Sempena Pembukaan Az-Zain Subang Impian pada hari Selasa 3 Februari 2018 bermula jam 9 pagi hingga 2.00 petang.

Diharapkan sumbangan serba sedikit dari pembekal kami ini dapat dinikmati oleh para hadirin yang hadir nanti.

Insya Allah para tetamu dapat menikmati Air Cincau Iman, Air Longan Nur Asfa, Murtabak Hidaz, Sardin Roll D’Lienas Frozen dan pelbagai lagi.

Alamat Az-Zain Subang Impian adalah seperti berikut:
27-G, Jalan Musytari AP U5/AP, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.

Google maps: https://goo.gl/maps/Jon1PFMLjmK2

Semua dijemput hadir!

Leave a Reply

Close Menu

This is a demo store for testing purposes — no orders shall be fulfilled. Dismiss