Jenama Az Zain Pengeluar Ayam Kampung Organik Halal

By | March 8, 2015

Artikel berikut dikeluarkan di dalam sebuah majalah pada tahun 2010

 

PENGHIJRAHAN seorang doktor kepada penternak ayam kampung organik adalah tekad dan kesungguhan yang diperjuangkan Dr Mohamad Zainol Ahmad Haja dalam memenuhi fardu kifayah untuk menyediakan makanan halal kepada umat Islam.

Beliau dibantu isterinya, Dr Mumtaz Abdul Razak yang turut
‘terpanggil’ untuk melepaskan jawatan apabila memikirkan tentang maruah dan status halal makanan tempatan yang sering mengelirukan pengguna Muslim.

Pasangan suami isteri itu menubuhkan Mumtaz Meat and Marine Foods Sdn Bhd (Al- Mumtaz) sebagai syarikat membekalkan ayam kampung organik dan mengeluarkan makanan sejuk beku jenama Az Zain pada 2006.

“Saya begitu tersentuh memikirkan tentang soal makanan yang kita masak setiap hari.

Adakah setiap apa yang masuk ke mulut kita itu benar-benar halal dan bebas daripada kimia,” katanya kepada Sinar Harian.

Zainol berkata, idea untuk menubuhkan kedai berkonsepkan halal tercetus sejak 1990. Pada masa itu, beliau terlibat secara aktif dalam industri perkhidmatan dan penjualan produk makanan kesihatan antarabangsa di Dubai.

Zainol mempunyai banyak berpengalaman dalam bidang formulasi dan farmakoterapi berkaitan makanan kesihatan tambahan, malah pernah menjadi salah seorang perunding pensijilan halal bagi sebuah syarikat makanan kesihatan.

Beliau mendapati kebanyakan makanan sekarang hilang khasiatnya berikutan wujud benda asing seperti bahan kimia dan pengawet dalam makanan.

Beliau sebagai Pengarah Urusan Al-Mumtaz berkata, penubuhan syarikat melihat tanggungjawabnya mendidik masyarakat supaya menggunakan produk halal.

“Konsep halal dan toyibban yang diamalkan beliau sekali gus memberi
kesedaran mengenai kepentingan makanan halal kepada masyarakat Islam.

“Atas rasa tanggungjawab sesama Muslim, produk seperti ini
sepatutnya diketengahkan kerana makanan jika diambil dari sumber yang
haram boleh mempengaruhi hati dan jiwa seseorang,” katanya.

Membuka lembaran baru tahun 2010, Al-Mumtaz melalui jenama Az-Zain mensasarkan 400 pengedar baru di seluruh negara bagi memenuhi permintaan dan setakat ini, terdapat 100 pengedar.

Zainol berkata, lebih ramai pengedar diperlukan kerana jenama tersebut bukan sahaja dikenali, malah diyakini kerana cara pemprosesannya adalah seratus peratus halal.

Menurutnya, produk itu turut menjadi pilihan bangsa lain dan bakal dieksport ke Thailand, Indonesia dan Singapura padatahun depan.

“Produk halal bukan sahaja memfokuskan soal hukum, tetapi menitikberatkan soal kualiti pemprosesannya yang bersih dan selamat daripada bahan kimia,” katanya.

Menyingkap penglibatan awal dalam bidang penternakan, beliau
berkata, perniagaan bermula pada 2006 menggunakan modal sendiri dengan membuka kawasan ladang ternakan seluas 0.8 hektar.

Terletak di Sungai Lui, Hulu Langat, ladang berkenaan menumpukan aktiviti pengimportan ayam dan pada masa itu menempatkan 40,000 ayam.

Projek ternakannya berkembang dan
pada 2008, beberapa ladang baru dibuka di Kulai, Segamat, Pekan Nenas dan Kluang bagi menampung 60,000 ayam.

Ayam kampung diternak secara organik menggunakan sumber herba kaya dengan anti oksida dan dibiarkan bebas bagi menghasilkan daging berprotein tinggi.

Menurutnya, amalan pemakananan organik membantu ayam ternakan mendapat
makanan berkhasiat dan bebas daripada unsur kimia.

Melihat pasaran ayam ternakannya meningkat setiap tahun, Zainol mengambil
keputusan untuk meneroka pasaran makanan sejuk beku berasaskan daging, ayam dan puyuh.

Bermula pertengahan 2007, jenama Az Zain memasuki pasaran tempatan di sekitar Lembah Klang yang tertumpu di Seksyen 17 Shah Alam, Subang Jaya, Subang Perdana, Bukit Indah, Ampang dan
seterusnya ke Johor Bahru.

Kini produk sejuk beku keluarannya mencecah 200 jenis meliputi nuget ayam, daging dan puyuh.

Kembang bisnes secara francais

Berdasarkan sambutan memberangsangkan, Zainol menambah pelaburan kepada RM4 juta pada awal 2009 bagi membeli mesin penyembelihan dan pemprosesan makanan.

“Aktiviti dan tahap pemprosesan ayam kini meningkat kepada 30,000 ekor sehari berbanding kaedah manual sebelum ini yang hanya
memproses 5,000 sehari,” katanya.

Beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya
secara francais yang dibangunkan pada awak tahun ini.

Setakat ini, terdapat lima kedai beroperasi di Kuala Lumpur dan Selangor menggunakan nama Zainol Halal Organic Chicken.

Sistem francaisnya terbahagi kepada dua iaitu kedai menjual ayam siap diproses dan perusahaan ladang ternakan ayam.

“Saya mensasarkan untuk membuka antara 40 hingga 50 cawangan baru tahun depan, masih di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Setiap cawangan membabitkan peruntukan antara RM60,000 hingga RM70,000 dan akan mempunyai dua fungsi utama,” katanya.

Dua konsep tersebut meliputi jualan ayam kampung organik yang sudah siap diproses pada waktu pagi dan bertukar konsep kepada restoran pada malam yang menjual makanan berasaskan ayam dan jenama Az-Zain.

Selain itu, pelan francais kedua memerlukan usahawan boleh melabur antara RM70,000 hingga RM80,000 untuk membuka ladang ternakan berkeluasan dua hektar.

Masih ada kurang prihatin

Menurutnya, Al-Mumtaz akan menyediakan 5,000 anak ayam untuk diternak francaisi berdasarkan formula yang diberikan syarikat.

“Anak ayam itu akan dibesarkan selama 90 hari dan selepas tempoh matang, kami akan membeli semula ayam berkenaan.

“Dengan kaedah ini, ia memudahkan usahawan mendapat pulangan lebih cepat selepas enam bulan beroperasi,” kata Zainol.

Francaisi juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar di ladangnya yang bertindak sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Sebagai francaisor, beliau berkata, Al-Mumtaz bukan sahaja mengembangkan produk tetapi mahu menjadi perintis sebagai pengusaha makanan produk halal.

“Ia juga patut dikembangkan bukan sekadar satu bentuk perniagaan, namun sebaliknya sebagai tuntutan fardu kifayahdalam membantu masyarakat memperoleh makanan halal,” katanya.

Mengenai perniagaan, sebagai usahawan, beliau juga tidak lari dari dibelenggu masalah dan cabaran.

Antaranya apabila membabitkan usahanya untuk mendidik masyarakat terutama penggun Muslim supaya mereka sedar dan berhati-hati dalam pemilihan makanan.

Beliau berpendapat, masyarakat Muslim sekarang kurang prihatin, bahkan ada yang langsung tidak berminat dengan produk seperti ini sedangkan inilah cara pemakanan yang betul,” katanya.

“Umat Islam sekarang lebih senang memilih produk jenama asing berbanding jenama tempatan kerana terpengaruh dengan iklan tanpa memikirkan khasiat barangan tersebut.

“Walaupun ramai memandang saya sebagai peniaga, tetapi jauh di
sudut hati, saya sebenarnya mahu mendidik masyarakat supaya menggunakan produk halal demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

Az-Zain Shah Alam adalah sebuah Pasaraya Mini yang berkonsepkan Halal Mart. Kami menjual produk-produk halal muslim secara runcit dan juga borong. Az-Zain Shah Alam telah mempunyai empat buah rangkaian halal mart lain iaitu Az-Zain Bandar Putera 2, Az-Zain USJ Subang Jaya, Az-Zain Seksyen 27 Shah Alam , dan Az-Zain Alam Budiman. Untuk alamat lengkap sila klik di sini LIHAT LOKASI KAMI

21 thoughts on “Jenama Az Zain Pengeluar Ayam Kampung Organik Halal

  1. liza

    Mhn tanye, kt johor mne nk dpt produk az zain ni..(ayam)..? T.ksh

    Reply
    1. admin Post author

      waalaikumussalam. hubungi 0387231720 pada waktu pejabat untuk dapatkan maklumat pengedar berdekatan. harap maklum.

      Reply
    2. admin Post author

      Ayam az-zain boleh didapati di kebanyakan kedai produk muslim. untuk dapatkan info pengedar terdekat, hubungi 03-87231720.

      Reply
    3. Tradisi Frozen

      Kami di TRADISI FROZEN Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai, JB ada jual produk Ayam Organik Azzain.

      Reply
  2. siti mahani

    Saya berminat utk jadi pengedar Ayam Azzain..
    Bagaimana caranya?

    Reply
  3. murny

    Assalam.

    Nak tanya kalau ada tanah boleh tak nak JV dengan Az Zain buat ladang ayam organik ni?

    Tanah di Kuala Kangsar Perak 8.8 ekar.

    Terima kasih.

    Reply
    1. admin Post author

      Waalaikumussalam. Soalan tersebut di luar pengetahuan kami. walaubagaimanapun tuan/puan boleh terus menghubungi Dr. Zainol di talian 03-87231720

      Reply
  4. Azizi

    Assalamualaikum..
    Az-Zain ada tak buat internship programme untuk degree student..
    Prefer kat kandang ternak ayam..
    Saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengurusan dan perniagaan ayam organik..

    Reply
    1. admin Post author

      Waalaikumussalam. kami di Az-Zain.com adalah pengusaha kedai runcit berkonsepkan halal mart. Tuan boleh hubungi kilang di talian 03-87231720 untuk bertanya.

      Reply
  5. Liza

    Salam, nak tanya berapa harga ayam kg sekilo.
    Nak hubungi siapa jika perlukan dalam kuantiti banyak.

    Reply
  6. mizi

    Assalamualaikum, sy sedang mencari produz az-zain terutamanya ayam organik di sekitar cheras / kuala lumpur. harap dpt maklum lokasi sekitar yang berdekatan. terima kasih 🙂

    Reply
    1. admin Post author

      waalaikumussalam. hubungi pejabat kilang 0387231720 untuk dapatkan maklumat pengedar berdekatan. harap maklum.

      Reply
  7. Saiful

    Assalamualaikum,
    Saya berminat untuk menjadi pengedar barangan az-Zain di Alor Setar, Kedah khususnya ayam organik Dr. Zainol. Kalau boleh harap pihak pengurusan menghubungi saya di 017-4244461 / 016-2835500

    Reply
    1. admin Post author

      waalaikumussalam. mohon maaf untuk urusan tersebut sila hubungi kilang di talian 03-87231720.

      Reply
  8. Fatihah

    Assalamualaikum
    Saya nak tahu lebih lanjut tentang ayam yg nak di francaiskan?

    Reply
    1. admin Post author

      waalaikumussalam. buat masa ini Az-Zain tidak menggunakan sistem francais. pun boleh hubungi kilang di talian 03-87231720 untuk dapatkan maklumat.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *