KHASIAT AIR KATIRA

By | February 23, 2017

Buah Katira adalah bahan istimewa dalam minuman ini. Ia sememangnya sangat berkhasiat kerana minuman ini mengandungi herba-herba lain seperti buah kembang semangkuk, buah katira dan  biji selasih selain campuran susu bersama jus pandan asli.

katira

Gambar buah katira yg kering sebelum direndam

Kandungan herba yang pelbagai dalam minuman ini sudah diketahui umum dan ia semestinya minuman yang menyihatkan dan membekalkan tenaga.

katira

Rupa setelah melalui proses rendam, masak, cuci dan tapis

Air katira ini juga sebagai penyejuk badan. Oleh itu tidak hairanlah ia hanya banyak dijual & didapati pada bulan Ramadhan.
Kandungan air katira yang mempunyai pelbagai bahan penyejuk badan dan herba menjadikan air ini pilihan ramai penggemarnya dan sangat terkenal di Johor dan kawasan sekitarnya.

Selain itu juga boleh dijadikan sebagai ‘milk booster’.

Rasanya sangat ‘fresh’, wangi semulajadi dari jus pandan asli, creamy tanpa sebarang bahan pengawet & pewarna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *