Khasiat Minyak Argan.

By | May 20, 2017

Pengenalan Minyak Argan.

Hari ini saya nak cerita tentang Minyak Argan. Sejak kebelakangan ini ramai yang datang ke kedai kami cari Minyak Argan, jadi saya ada cari beberapa maklumat mengenai  Minyak Argan untuk dikongsikan kepada anda. Maklumat yang saya peroleh ini adalah dari pencarian google dan ada maklumat yang saya tanya terus kepada pengeluar produk. Saya juga berkesempatan untuk dapatkan maklumat mengenai Minyak Argan ini terus kepada pengguna yang telah lama mengunakan Minyak ini. Dalam perkongsian ini saya akan mulakan dengan pengenalan mengenai minyak argan dan seterusnya akan disambung dengan khasiat Minyak Argan.

Kita mulakan dengan asal usul Minyak Argan ,asalnya dari Maghribi yang terletak di timur tengah. Negara Maghribi atau dikenali sebagai negara Morocco adalah sebuah negara yang kering. Minyak Argan yang ada dipasaran adalah hasil dari biji pokok Argan. Pokok Argan ini dapat hidup dalam keadaan muka bumi yang kering. Minyak  ini juga  dikenali sebagai minyak Minyak Emas Maghribi. Antara khasiat Minyak Argan adalah sebagai diet harian, kesihatan dalaman dan luaran, akhir sekali sebagai Anti oksidan.

 

argan-tree

Pokok Argan.

Khasiat Minyak Argan.

Biji Argan.

Khasiat Minyak Argan.

Minyak Argan.

Khasiat Minyak Argan yang pertama adalah sebagai diet harian. Di negara Maghribi ada satu hidangan tradisional yang dikenali sebagai Amlou Sweet. Makanan tradisi ini adalah terdiri dari Minyak Argan itu sendiri dan dicampur dengan madu dan badam. Dalam masakan ketika kukus,goreng atau semasa di panggang Minyak Argan ditambah dalam masakan . Ini bagi meningkatkan selera dan memberi vitamin tambahan yang diperlukan.

Khasiat Minyak Argan seterusnya adalah sebagai kesihatan dalaman dan luaran. Saya sempat bertanya kepada pelanggan kami yang membeli Minyak Argan Oil ini, bagaimana beliau menggunakan Minyak Argan ini. Setiap pagi selepas selesai mandikan anaknya beliau akan sapu minyak ini diseluruh badan. Katanya untuk elakkan badan anaknya merah-merah. Maklumat tambahan yang saya dapat dari pencarian saya di google  adalah minyak argan elok untuk mengubati penyakit dikenali sebagai ‘chafing’. Penyakit chafing terjadi ketika bahagian peha saling bersentuhan dengan kain pakain akan menyebabkan kulit peha sensitif. Dalam perubatan India yang dikenali sebagai  Ayurvedic India Kuno juga menggunakan Minyak Argan untuk rawatan minyak badan.

Akhir sekali khasiat Minyak Argan adalah untuk anti Oksidan.Kandungan vitamin yang ada dalam  Minyak Argan adalah vitamin E. Untuk pengetahuan anda vitamin E yang ada pada Minyak Argan adalah 2 kali ganda banyak dari Minyak Zaitun. Fungsi vitamin E adalah untuk membangun dan mengekalkan fungsi saraf dan sistem otat. Akhir sekali, Minyak Argan mempunyai kesan baik terhadap penyakit kardiovaskular kerana memgandungi lebih 80% mono dan asid lemal poli tepu

Sekiranya anda perminat untuk dapatkan Minyak Argan ini boleh kunjungi kedai rangkain kami. Atau hubungi 013-3916730(Hakim) untuk dapatkan produk ini terus dihadapan pintu rumah anda. Anda juga boleh dapatkan produk sunnah atau kesihatan yang lain di kedai rangkaian kami.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *