Madu Tualang Berpotensi Ubati Penyakit Kanser: Pakar

By | March 2, 2015

madu lebah tualang dan kanser

Berikut merupakan artikel yang diterbitkan oleh BERNAMA pada 11 Januari 2010

KOTA BAHARU, 11 Jan (Bernama) — Madu lebah tualang yang banyak terdapat di kawasan hutan simpan negara ini berpotensi menjadi suplemen dalam terapi kanser terutama kanser payudara, kata Ketua Jabatan Patologi Kimia, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof Madya Dr Nik Soriani Yaacob.

Katanya kajian awal mendapati madu lebah dari pokok tualang yang tumbuh liar dalam hutan berpotensi menyekat penyuburan sel-sel kanser di samping membunuh sel-sel berbahaya itu daripada merebak.

“Namun begitu, penyelidikan ini masih di peringkat awal dan banyak kajian perlu dilakukan untuk memahami dengan lebih mendalam proses yang dirangsang oleh madu menyebabkan kematian sel-sel kanser tersebut,” katanya dalam kertas kerja bertajuk Aktiviti AntiKanser Madu Lebah Tualang pada satu seminar mengenai penggunaan madu lebah asli di sini Isnin.

Seramai 300 peserta hadir pada seminar dua hari itu bagi membincangkan antara lainnya mengenai khasiat madu lebah asli dalam bidang perubatan, cara mempopularkan penggunaan madu lebah dalam masyarakat dan menerokai pelbagai kegunaan madu lebah asli sebagai minuman dan makanan.

Program anjuran bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan Kubang Kerian itu di sini dirasmikan oleh Ketua Pengarah Fama, Datuk Mohamed Shariff Abdul Aziz.

Menurut Dr Nik Soriani, kajian menjurus kepada kaedah mengenal pasti sama ada madu dapat membunuh sel-sel kanser atau membantu mengurangkan penggunaan dos dadah atau radiasi yang diperlukan bagi membunuh sel-sel kanser.

“Kajian itu bagi mengenal pasti sama ada madu boleh menghalang atau mengurangkan pembentukan kanser memandangkan kajian sebelum ini mendapati madu mengandungi pelbagai komponen yang mempunyai aktiviti antioksidan, anti-inflamatori dan anti-kanser,” katanya.

Beliau berkata penyelidikan juga menemui madu lebah tualang mempunyai pelbagai aktiviti antikanser dan kesan sitotoksik yang berlaku ke atas beberapa jenis sel kanser yang dikultur (ditumbuh) dalam makmal.

“Sel kanser yang dirawat dengan madu ini (tualang) menjalani proses apoptosis (kematian sel kanser) yang biasanya tidak berlaku pada sel-sel itu, tambahan lagi madu lebah tualang dapat meningkatkan rangsangan kematian sel-sel kanser payudara oleh dadah tamoxifen,” katanya.

Dr Nik Soriani berkata kesimpulannya, kajian ke atas sel-sel kanser dan tikus makmal mendapati madu lebah tualang mempunyai aktiviti antikanser yang dikultur menyebabkan kematian sel kanser, mengesan sel kanser, menyekat pertumbuhan sel kanser dan peningkatkan jumlah sel imun yang membunuh sel kanser.

Dekan Penyelidikan Sains Klinikal USM, Prof Dr Nor Hayati Othman berkata pihaknya menerima sumbangan 1.3 metrik tan madu lebah percuma daripada Fama sejak kajian itu dijalankan bagi membolehkan kajian dibuat dengan berkesan terutama dalam penyakit kanser.

Beliau berkata sumbangan berperingkat-peringkat sejak 2006 itu mendapati madu lebah tualang dianggap paling asli berbanding dengan madu lebah lain atau yang diimport dan memberi potensi dalam amalan harian.

“Madu tidak asli menyebabkan kesan sampingan yang berpanjangan dan perlu dihindari,” kata Dr Nor Hayati.

Sumber

Kami pengedar sah bagi produk Madu Tualang TLH.

Dapatkan terus di alamat berikut:

Az-Zain Shah Alam

NO.9, JALAN TUKUL P15/P, SEKSYEN 15, 40200 SHAH ALAM, SELANGOR.
Tel. +603-55230323
E-mail: produkmuslim@az-zain.com

Az-Zain Shah Alam adalah sebuah Pasaraya Mini yang berkonsepkan Halal Mart. Kami menjual produk-produk halal muslim secara runcit dan juga borong. Az-Zain Shah Alam telah mempunyai empat buah rangkaian halal mart lain iaitu Az-Zain Bandar Putera 2, Az-Zain USJ Subang Jaya, Az-Zain Seksyen 27 Shah Alam , dan Az-Zain Alam Budiman. Untuk alamat lengkap sila klik di sini LIHAT LOKASI KAMI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *