Patin Sangkar Sungai Dan Patin Kolam

By | April 14, 2015

Artikel ini diambil dari Laman Facebook Eatime.

Apakah beza di antara patin sangkar sungai dengan patin kolam?

Patin yang segar baru diambil daripada sangkar sungai PAHANG

Patin yang segar baru diambil daripada sangkar sungai PAHANG

Beza yang amat ketara kerana sangkar sungai semestinya di dalam sungai yang airnya sentiasa mengalir tetapi kolam berada di atas darat yang mana pengaliran air yang bukan semulajadi mungkin menggunakan pump untuk pertukaran air. Dari segi kualiti ikan, semestinya patin yang berada di dalam sangkar sungai lebih baik daripada yang berada di dalam kolam. Dikhuatiri patin kolam berbau hanyir dan rasanya yang tidak enak untuk dimakan. Kebanyakan patin yang dibekalkan di restoran-restoran di sekitar Lembah Klang adalah daripada patin kolam. 1965660_679341505445739_816143373_o Sebab itu kenapa ramai orang yang agak ‘FOBIA’ dengan rasa patin kerana ikan tersebut datangnya daripada kolam. Ramai yang beranggapan patin sangat murah seperti yang dijual di kebanyakan hypermarket di Malaysia. Memang ya ianya murah tetapi kualiti ikan patin kolam vs ikan patin sangkar sungai memang ketara bezanya. Beza pula pada patin sangkar sungai yang mana harganya agak mahal tetapi tidak semahal ikan patin ‘LIAR’. Di PAHANG, kebanyakan ikan patin diternak di dalam sangkar yang berada di dalam sungai.

Tempoh matang patin adalah selama 6 bulan dan sedia untuk dijual.

Tempoh matang patin adalah selama 6 bulan dan sedia untuk dijual.

Kami berharap anda semua jelas tentang perbezaan di antara patin sangkar sungai dan patin kolam. Keputusan untuk memilih berada di tangan anda. Sumber

Ingin lihat produk lain keluaran Eatime? Klik di sini!

Az-Zain Shah Alam adalah sebuah Pasaraya Mini yang berkonsepkan Halal Mart. Kami menjual produk-produk halal muslim secara runcit dan juga borong. Az-Zain Shah Alam telah mempunyai empat buah rangkaian halal mart lain iaitu Az-Zain Bandar Putera 2, Az-Zain USJ Subang Jaya, Az-Zain Seksyen 27 Shah Alam , dan Az-Zain Alam Budiman. Untuk alamat lengkap sila klik di sini LIHAT LOKASI KAMI

4 thoughts on “Patin Sangkar Sungai Dan Patin Kolam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *