Pengarah Urusan Muslimah Manufacturing Mengunjungi Az-Zain Shah Alam

By | November 13, 2013

muslimah2Hajjah Famiza Haji Zulkifli, Pengarah Urusan Muslimah Manufacturing Sdn Bhd mengunjungi Az-Zain Shah Alam pada 13 November 2013. Syarikat beliau yang berpangkalan di Kedah merupakan kilang menghasilkan lebih 100 jenis produk seperti bahan pencuci pakaian, sabun dan produk kecantikan.

Kami mengalu-alukan kehadiran beliau dan menghargai usaha beliau untuk datang dari jauh untuk mengunjungi pengedar dan pemborang beliau di Shah Alam ini. Muslimah Manufacturing menghasilkan beberapa jenama pakaian seperti Mofa Kleen, Fameeza dan lain-lain lagi.

Semoga kunjungan beliau semakin merapatkan ukhuwah sebagai saudara islam selain hubungan antara pengilang dan pemborong. Insya Allah.

muslimah

Klik di sini untuk info lanjut mengenai produk Muslimah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *