Pengusaha Sayur Pucuk Bumiputera

By | April 27, 2015

Artikel ini dikeluarkan oleh Utusan Online pada 26 Februari 2015

fucuk1

BUKIT MERTAJAM 25 Feb. – Sayur pucuk biasanya menjadi ramuan utama dalam penyedia­an sup sayur atau boleh juga dimasak lemak, ditumis air atau pelbagai lagi resipi yang menyelerakan.
Namun begitu agak sukar untuk mendapatkan sayur pucuk yang diusahakan oleh golongan bumiputera dan tidak diragui status kebersihannya.
Menyedari hakikat itu, Hasdey Saidin, 40, berusaha mengekalkan perusahaan membuat sayur pucuk di Tanah Liat dekat sini, yang diwarisi sejak dua generasi lalu.

fucuk2

Menurutnya, perusahaan mem­buat sayur pucuk itu di­mulakan oleh datuknya, Husain Mahmud yang belajar daripada rakan-rakan kaum Cina pada awal tahun 80-an lalu.
“Perusahaan itu kemudiannya diwariskan kepada bapa saya, Saidin Husain sebelum saya mula mengambil alih perniagaan ini sejak beberapa tahun lalu.
“Kini berkat kesabaran, sayur pucuk keluaran keluarga saya telah berjaya menembusi pasaran sehingga ke Melaka, Selangor, Perak dan beberapa kawasan sekitar negeri ini,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui baru-baru ini.

fucuk3

Hasdey menambah, disebabkan proses pembuatannya yang sedikit rumit, tidak ramai golongan bumiputera berani menceburi per­usahaan itu dan dipercayai di nege­ri ini, dia satu-satunya pem­bekal sayur pucuk bumiputera.
Katanya, proses pembuatan sayur pucuk memerlukan banyak kesabaran kerana mengambil masa sehingga sehari suntuk untuk di­siapkan bermula daripada proses merendam kacang soya sehingga diangkat dan dijemur.
Jelas Hasdey, setiap hari sebanyak 130 kilogram (kg) kacang soya berkualiti yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) dan Kanada dicampur dan digunakan untuk menghasilkan kira-kira 30 hingga 32 kg sayur pucuk (kering).

fucuk4
“Proses pembuatan bermula dengan kacang soya direndam semalaman sebelum di mesin se­hingga hancur dan kemudian d­i­perah untuk mendapatkan patinya.
“Pati itu kemudian dimasak di atas dapur yang menggunakan kayu api sehingga mendidih sebelum muncul lapisan yang dipanggil ‘kepala’ iaitu lapisan kuning soya itu yang diangkat dan disidai secara berhati-hati pada kayu panjang.
“Kepala ini akan muncul setiap 12 hingga 15 minit sehingga rebusan soya itu kering sepenuhnya,” ujar Hasdey.

fucuk5

fucuk6

Tambahnya, biarpun bahan asas membuat sayur pucuk ialah kacang soya dan natrium karbonat namun harga pasaran kacang soya yang semakin meningkat menyebabkan proses pembuatan sayur pucuk agak mencabar.
Kata Hasdey, kacang soya import yang digunakannya hari ini berharga RM119 bagi 50 kg berbanding RM43 hingga RM47 (pada kuantiti sama) pada tahun 80-an.
Cabaran lain ialah kacang soya itu tidak boleh direndam terlalu lama kerana boleh mengakibatkannya menjadi masam selain boleh berkulat sekiranya tidak kering dengan sempurna ketika dijemur.

fucuk7

“Saya juga menghadapi cabaran dengan bekalan kayu api yang semakin mahal sekarang dan agak sukar mendapatkan kayu api yang elok.
“Apa pun semua perkara itu tidak menjejaskan semangat saya untuk mengeluarkan sayur pucuk yang mampu menyaingi keluaran kaum lain dan masuk ke pasaran tempatan,” katanya.
Hasdey bertuah kerana men­dapat bimbingan daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dalam aspek pemasaran ser­ta pembungkusan produk serta bimbingan daripada Jabatan Pertanian.
Pada masa depan, dia juga berhasrat untuk membesarkan kilang miliknya serta mencari lokasi yang lebih selesa kerana kini menjalankan perusahaan itu di sebelah rumahnya.

Sumber

Az-Zain Shah Alam adalah sebuah Pasaraya Mini yang berkonsepkan Halal Mart. Kami menjual produk-produk halal muslim secara runcit dan juga borong. Az-Zain Shah Alam telah mempunyai empat buah rangkaian halal mart lain iaitu Az-Zain Bandar Putera 2, Az-Zain USJ Subang Jaya, Az-Zain Seksyen 27 Shah Alam , dan Az-Zain Alam Budiman. Untuk alamat lengkap sila klik di sini LIHAT LOKASI KAMI

7 thoughts on “Pengusaha Sayur Pucuk Bumiputera

  1. MOHD KHAIRY BIN ISHAK

    di selangor ada di az zain di shah alam ni lah ye

    Reply
    1. admin Post author

      waalaikumussalam. hubungi 0387231720 pada waktu pejabat untuk dapatkan maklumat pengedar berdekatan. harap maklum.

      Reply
    2. admin Post author

      Di lembah Klang terdapat lebih 10 cawangan Az-Zain. Shah Alam ada 2 tempat, USJ, Bandar Putera 2 Klang, TTDI Jaya, Bandar Rahman Putra Sungai Buloh, Damansara, Banting, Bangi, Wangsa Melawati KL, Setiawangsa KL, Rawang dan banyak lagi.

      Reply
  2. mohd hamri bin supar

    assalammualaikum,

    saya menyimpan impian untuk menjalankan perniagaan membuat fuchuk,

    pernah buat secara kecil-kecilan dengan skala 2 kg soya.

    mohdhamri@gmail.com
    tel : 0103208968

    Reply
    1. admin Post author

      Waalaikumussalam. alhamdulillah. teruskan tuan. perniagaan fucuk masih rendah diusahakan oleh orang islam di malaysia. hubungi kami jika tuan mahu kami mengedarkan fucuk keluaran tuan.

      Reply
  3. Raya bin Sharif

    Assalamualaikum

    Saya mempunyai impian untuk mengusahakan pembuatan tempei sekala sederhana..jika tidak keberatan boleh saya dapatkan pembekal kacang soya yang bersesuaian dengan pembuatan tempei.

    Maklumbalas pihak Tuan saya dahului dengan ribuan terima kasih.

    Reply
    1. admin Post author

      Waalaikumussalam. kami cuma wakil jualan untuk produk ini. tuan mungkin perlu cari individu/syarikat yang lebih sesuai.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *