bio-asli-vco3

Minyak Kelapa Dara Double Premium BioAsli ialah minyak kelapa dara yang dihasilkan sendiri oleh BioAsli tanpa menggunakan haba atau bahan kimia. Ianya menggunakan teknik dan proses khas serta gabungan penggunaan mesin berteknologi tinggi yang canggih. Minyak kelapa dara yang dihasilkan sangat bermutu tinggi di mana rasa dan baunya lebih lembut serta halus apabila diminum atau disapu pada kulit.

Kualiti Minyak Kelapa Dara
Dari hasil beberapa kajian, Minyak Kelapa Dara kaya dengan “fatty acid” antaranya “lauric acid dan capric acid” di mana apabila di minum, kedua-duanya akan bertukar kepada “monolaurin” dan “monocaprin”. Dua unsur ini dikenal pasti sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh manusia. Minyak Kelapa Dara juga mempunyai sifat-sifat antivirus, antibakteria, antifungus dan juga antiprotozoa. Ia juga kaya dengan anti oksidan seperti alpha-tocopherol dan alpha+beta-tocotrienols yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk mengatasi masalah radikal bebas yang terdapat di dalam tubuh badan.

Antara Kebaikan Minyak Kelapa Dara
– Menyihatkan jantung
– Meningkatkan kadar metabolisma
– Membantu mengurangkan berat badan
– Membantu tenaga pulih dengan pantas
– Membantu peningkatan sistem imunisasi
– Menyegarkan dan melembut kulit sepanjang hari

bio-asli-vco4

Minyak kelapa dara keluaran Bioasli di hasilkan dengan kaedah semulajadi tanpa sebarang haba atau bahan kimia. Dengan minyak kelapa dara sebagai asas bahan dalam setiap produk, nikmati khasiat dan rasa asli bersama gabungan herba tradisional. Sesuai untuk semua peringkat umur dan boleh digunakan untuk luaran dan juga dalaman.

Dapatkan produk Bio-Asli di alamat berikut:

Az-Zain Shah Alam

NO.9, JALAN TUKUL P15/P, SEKSYEN 15, 40200 SHAH ALAM, SELANGOR.
Tel. +603-55230323
E-mail: produkmuslim@az-zain.com

Leave a Reply

Close Menu

This is a demo store for testing purposes — no orders shall be fulfilled. Dismiss