Hiraq

Hiraq Marketing & Trading (M) Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pengeluaran yang menghasilkan produk- produk yang berasaskan makanan sunnah. Syarikat ini membekalkan semua jenis produk kesihatan dan kecantikan untuk kegunaan individu dan seisi keluarga. Berlandaskan motto “Mencari Keredhaan” setiap program dan perniagaan yang dijalankan diharap dengan objektif yang jelas agar ia menjadi jambatan menuju redha Allah S.W.T dan demi membangunkan ekonomi ummah.

Produk keluaran Hiraq dikilangkan sendiri oleh anak Syarikat iaitu Hiraq Manufacturing Sdn Bhd yang mendapat pensijilan HACCP antarabangsa serta memenuhi piawaian GMP ( amalan pengilangan yang baik ) Kementerian Kesihatan Malaysia.

Amalan Pengilangan berteraskan konsep Islam yang diamalkan, mempunyai jawatankuasa khas HALAL, bagi memastikan produk yang dihasilkan mematuhi syarak dan mendapat pensijilan HALAL dari JAKIM.

Penyelidikan yang berterusan menerusi kajian makmal dikilang sendiri serta makmal-makmal luar yang mendapat pengiktirafan SIRIM dan juga Kementerian Kesihatan bagi memastikan kualiti dan keselamatan produk terjamin.