hsnada_group
Kumpulan HS Nada bergerak secara sepadu di dalam mengembangkan industri ternakan dan daging di Malaysia. Misi kami berhasrat untuk menjadi sebahagian daripada pengerak industri ternakan dan daging yang berdaya maju dan mampu bersaing di semua peringkat di Malaysia dan antarabangsa.

Dengan pengalaman lebih daripada 30 tahun di Malaysia, HS Nada sememangnya pakar di dalam semua aktiviti dan proses lengkap dari penternakan, penyembelihan, pemprosesan penjualan serta pemasaran produk jenama HS Nada.

hsnada-ladangFidlot9 hsnada-ladangFidlot11

Kelebihan Dan Pengiktirafan Kumpulan HS Nada

  • Sijil HALAL untuk ternakan sembelihan HS Nada, yakni daging segar keluaran HS Nada sahaja
  • Sijil Pengesahan HALAL daripada Halal Industry Development Corporation (HDC)
  • Sijil HALAL untuk produk proses seperti bebola daging, daging segar dan sebagainya
  • Rumah sembelih mempunyai lesen yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar
  • Warga kerja yang efektif dan efisyen dalam mengeluarkan produk HS Nada yang berkualiti tinggi “Halal lagi Suci”
  • Dimiliki sepenuhnya bersama oleh empat orang Lembaga Pengarah dan telah didaftarkan sebagai 100% syarikat Bumiputra / Muslim

rumah-sembelih-hsnada3 rumah-sembelih-hsnada4 rumah-sembelih-hsnada12

Rumah sembelih HS Nada Ternak mempunyai lesen yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar

  • Sijil HALAL untuk ternakan sembelihan HS Nada
  • Sijil HALAL untuk sembelihan ternakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor
  • Semua proses penyembelihan kami melalui kawalan kualiti yang ketat untuk memenuhi permintaan daging segar Halal di Malaysia dan antarabangsa
  • Warga kerja kami yang efektif dan efisyen memastikan mengeluarkan produk HS Nada yang berkualiti tinggi “Halal lagi Suci”.

maklumat lanjut layari laman web HS Nada

Az-Zain Shah Alam adalah sebuah Pasaraya Mini yang berkonsepkan Halal Mart. Kami menjual produk-produk halal muslim secara runcit dan juga borong. Az-Zain Shah Alam telah mempunyai empat buah rangkaian halal mart lain iaitu Az-Zain Bandar Putera 2, Az-Zain USJ Subang Jaya, Az-Zain Seksyen 27 Shah Alam , dan Az-Zain Alam Budiman. Untuk alamat lengkap sila klik di sini LIHAT LOKASI KAMI

This Post Has 14 Comments

  1. Berminat jd pengedar… Bagaimana..

    1. hubungi 03-87231720 untuk dapatkan maklumat.

  2. Salam .
    Saya berminat untuk jadi pengguna dan pengedar produk halal az-zain , bagaimanakah caranya?
    Berapakah modal yang diperlukan untuk permulaan dan info lanjut.

    TQ

    1. Waalaikumussalam. Hubungi kilang di talian 03-87231720. harap maklum.

  3. Salam,

    Daging lembu disini daging organik ke?
    Ada jual daging kambing sekali? Semua cawangan Az-Zain ada jual sama juga ke?

    1. daging yang jual tidak mendapat pengiktirafan organik. pembekal kami HS NADA menternak lembu dan kambing secara fidlot. mereka mendapat pelbagai pengiktirafan dari badan kerajaan seperti pusat veterinar dan Halal JAKIM. semua cawangan kami menjual daging lembu dan kambing dari HS Nada.

  4. ASSALAMUALAIKUM…SAYA MENCARI PEMBEKAL UNTUK DAGING SEJUK BEKU,BAGAIMANA CARA NYA??

    1. Waalaikumussalam. puan boleh hubungi HS NADA untuk mendapatkan bekalan.

  5. Salam. pihak tuan ada menjual daging sejuk beku import ?

    1. Waalaikumussalam. maaf, kami hanya menjual daging tempatan sahaja.

  6. Assalam. Az-zain sec 15 ada jual lamb/mutton shoulder tak? Kalau ada boleh tahu berapa rm/kilo?

    1. waalaikumussalam. kami ada jual untuk portion kecil sahaja.

  7. Salam..ada jual daging cincang ke??

Leave a Reply

Close Menu

This is a demo store for testing purposes — no orders shall be fulfilled. Dismiss