Mee Temenggung

Mee Temenggung

Temenggung adalah salah satu nama tempat di Kedah.
Sempena nama tempat kilang ini, jadi mee  ini dinamakan Mee Temenggung.
Mee Kuning Temenggong adalah mee kuning yang dibuat, dikilangkan, dibungkus dan dihantar oleh orang islam bumiputra.
Diasaskan oleh Ustaz Asri yang merupakan seorang guru di salah sebuah sekolah di Kedah.Minat dengan perniagaan dan pengalaman membuat mee di rumah serta kekurangan mee kuning keluaran bumiputra mendorong ustaz Asri untuk membuka kilang mee kuning.Mee Kuning Temenggong kini telah mendapat pensijilan Halal dari Jakim (boleh rujuk Halal e-direktori).

Ketahanan jika diletakan suhu bilik , boleh tahan sehingga 4-5 hari. Jika dalam chiller boleh sampai 2-3 minggu. Sebab memang guna bahan asas  untuk buat mee kuning. Mee Temengung ini tiada  penambahan pengawet dan juga bebas asid boric

Produk Mee Temenggung kini boleh didapati di semua rangkaian kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *