Siasat Penternak Beri Ikan Makanan Diragui Status Halal – Irmohizam

By | February 4, 2015

Berita ini dikeluarkan oleh Astro Awani pada 4 Februari 2015

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi amaran kepada penternak ikan di negara ini supaya mengikut prinsip penternakan dan memberi makanan berasaskan sumber halal dalam menjaga aspek sensitiviti sumber ternakan mereka.

Pengerusi LKIM, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, semua garis panduan juga sudah diberi untuk memastikan tidak timbul syak wasangka semasa proses pengedaran dan pengagihan ikan kepada peniaga kelak.

“Ia melibatkan ikan akuakultur. Penternak perlu sentiasa mengikut garis panduan yang diberi dalam menjaga sensitiviti agama.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam negeri juga harus membuat pemantauan mengejut di tapak perusahaan ikan untuk memastikan semua peraturan dipatuhi,” katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Irmohizam mengulas isu ikan keli yang diiambil dari pantai barat yang dijual di Terengganu dengan harga yang murah namun diragui status halalnya.

Tegasnya, Ketua Pengarah LKIM, Abdul Rahman Ellis juga sudah diminta memaklumkan kepada semua pengarah negeri seandainya ada kes seumpama itu berlaku di tempat mereka.

“Saya sedih kerana perkara ini berlaku dan kecewa kerana difahamkan ada sesetengah penternak ikan yang tidak bertanggungjawab memberi sumber tidak halal kepada ternakan mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu kata Irmohizam, pihaknya akan mengadakan perbincangan susulan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mewujudkan kilang makanan halal untuk ternakan ikan.

“Kita harap kilang ini dapat diwujudkan dan masalah masyarakat terhadap isu ini segera selesai.

Sebelum ini, sebuah syarikat makanan akuatik Bumiputera di Kelantan pernah menghasilkan makanan ikan khas untuk mengurangkan kebergantungan terhadap sumber makanan yang diragui kebersihan dan kesuciannya.

Makanan ikan atau pelet yang dihasilkan syarikat itu turut dijamin halal, suci dan selamat bukan sahaja untuk ternakan, malah manusia.

Sumber

Az-Zain Shah Alam adalah sebuah Pasaraya Mini yang berkonsepkan Halal Mart. Kami menjual produk-produk halal muslim secara runcit dan juga borong. Az-Zain Shah Alam telah mempunyai empat buah rangkaian halal mart lain iaitu Az-Zain Bandar Putera 2, Az-Zain USJ Subang Jaya, Az-Zain Seksyen 27 Shah Alam , dan Az-Zain Alam Budiman. Untuk alamat lengkap sila klik di sini LIHAT LOKASI KAMI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *