Tentang Kami

Az-Zain Shah Alam

Az-Zain Shah Alam telah memulakan operasinya pada awal Januari 2008 di sebuah bangunan kedai di Seksyen 17, Shah Alam iaitu berhampiran dengan Perhentian Bas Shah Alam. Mulai April 2010 Az-Zain Shah Alam telah berpindah ke lokasi baru yang lebih strategik dan memudahkan pelanggan untuk berurus niaga di alamat No.9 Jalan Tukul P15/P, Seksyen 15, 40200 Shah Alam. azzain1

Kesedaran tentang penekanan dalam mengambil makanan yang halal dan tayyiba telah membuka mata pengurusan Az-Zain Shah Alam untuk membekalkan makanan dan juga minuman kepada penduduk muslim khususnya di sekitar Shah Alam.

Setelah lebih 3 tahun beroperasi, Az-Zain Shah Alam tidak putus asa untuk mencari dan mengedarkan produk-produk bumiputera muslim yang ada sebahagiannya jauh lebih baik dari produk-produk jenama terkemuka di pasaran yang mengandungi bahan pengawet dan pewarna yang berlebihan dan tidak disedari oleh pengguna. Az-Zain Shah Alam sentiasa berusaha memastikan produk-produk yang dijual dihasilkan bumiputera muslim adalah produk yang berkualiti, berkhasiat dan sememangnya berkhasiat.

azzain2Az-Zain merupakan pengedar rasmi bagi produk-produk Az-Zain seperti ayam kampung organik, ayam daging, bahagian ayam, daging, daging lembu tempatan dan pelbagai produk hasil laut.

Az-Zain membawa satu revolusi baru mengenai penghasilan dan pemprosesan ayam. iaitu ke arah yang lebih bersih, selamat, bebas daripada antibiotik dan kimia, dan semestinya halal sebelum disembelih sehinggalah ke proses pembungkusan.Di Az-Zain Shah Alam terdapat pelbagai barang keperluan dan kesihatan lain yang merupakan produk-produk hebat bumiputera muslim. azzain3

Kami juga menjadi pengedar dan penjual pelbagai produk muslim yang dijamin kualiti, kebersihan dan halal. Di sini anda boleh mendapatkan produk kesihatan, kosmetik, penjagaan diri, makanan dan minuman, keperluan harian dan lain-lain produk muslim.

Kini, kami merupakan pemborong bagi pelbagai produk usahawan muslim. Kami juga menjadi pengedar dan penjual pelbagai produk halal yang dijamin kualiti, kebersihan dan halal. Di sini anda boleh mendapatkan produk kesihatan, kosmetik, penjagaan diri,makanan dan minuman, keperluan harian dan lain-lain produk muslim. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 013-3435534

Az-Zain Shah Alam adalah sebuah Pasaraya Mini yang berkonsepkan Halal Mart. Kami menjual produk-produk halal muslim secara runcit dan juga borong. Az-Zain Shah Alam telah mempunyai empat buah rangkaian halal mart lain iaitu Az-Zain Bandar Putera 2, Az-Zain USJ Subang Jaya, Az-Zain Seksyen 27 Shah Alam , dan Az-Zain Alam Budiman. Untuk alamat lengkap sila klik di sini LIHAT LOKASI KAMI