Ulangtahun AZBP2: Laporan penuh

By | April 28, 2014

Pada hari Sabtu, 26 April 2014 Az-Zain Bandar Putera 2 telah mengadakan sambutan ulangtahun bagi cawangan tersebut. Az-Zain Bandar Putera 2 merupakan cawangan kepada Az-Zain Shah Alam megadakan majlis doa selamat sempena satu tahun beroperasi di Surau Al-Munawwarah yang terletak di Bandar Putera2, Klang.

Majlis dihadiri oleh penduduk sekitar Bandar Putera 2, Pelajar-pelajar serta guru dari Maahad Tahfiz Al Aqsa dan juga Pelajar dan warden dari Asrama HALUAN.

majlis5Para jemputan mula hadir ke Surau Bandar Putera 2 dan telah mengisi borang cabutan bertuah yang disediakan oleh pihak penganjur.

majlis1Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang di imam kan oleh imam bertugas Surau Bandar Putera 2, saudara Umar Abdul Aziz Ramli. Majlis diteruskan dengan bacaan doa selamat dan kesyukuran yang disertai kira-kira 100 orang jemaah.

majlis2 majlis3majlis4Sebaik sahaja bacaan doa tamat, Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Putera 2, Klang, En. Kamaruzaidi Kamaruddin telah dijemput untuk memberi ucapan dan diikuti oleh ucapan dari wakil Az-Zain Bandar Putera 2, Tn. Hj. Jaludin Ibrahim selaku pengarah urusan.

Dr Hj. Mohamad Zainol Ahmad Haja, pengasas jenama Az-Zain telah diberi ruang untuk menyampaikan ucapan dan tazkirah ringkas pada majlis tersebut. Tazkirah ringkas mengenai kepentingan memilih makanan yang halal dan thayyiba menjadi tajuk untuk disampaikan kepada para jemaah.

majlis8 majlis7 majlis6Majlis diteruskan dengan penyampaian bantuan dan sumbangan kepada Maahad Tahfiz Al-Aqsa, Asrama HALUAN Penyayang dan Surau Al-Munawwarah.

majlis9Para jemaah menikmati jamuan makan yang disediakan setelah selesai solat Isya’ berjemaah.

Kami bagi pihak pengurusan Az-Zain Shah Alam, USJ dan Bandar Putera 2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada para jemputan yang hadir. Moga majlis yang kecil ini mendapat manfaat kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *