fbpx
Mi Sayur dihasilkan Doktor – Mi Yumny

Mi Sayur dihasilkan Doktor – Mi Yumny

Artikel ini diterbitkan disebuah akhbar tempatan di bawah tajuk Doktor hasilkan mi sayur.

JOHOR BAHRU – Inovasi seorang doktor pakar sakit puan mendapat tempat pertama dalam Cabaran Inovasi Johor 2016 di Pusat konvensyen Antarabangsa Persada menerusi resipi mi sayur yang dihasilkannya.

Dua tahun untuk menghasikan resipi

Pegawai Pemasaran, Siti Mariam Khairuddin, 20, berkata, ibunya Dr. Khadijah Zakarian, 58, menjalankan penyelidikan selama dua tahun untuk menghasilkan resepi berkenan melalui pemerhatian terhadap pesakitnya.

“Kajian yang dijalankan oleh ibu mendapati pesakit-pesakitnya banyak memakan makanan mengandung bahan pewarna dan perisa yang menaikkan kandungan gula dalam badan serta menjejaskan emosi sehingga mereka mengalami kesakitan berulang walaupun mengambil ubat mengikut jadual ditetapkan.

Bacaan lanjut: Mi Sihat atasi masalah sembelit

“Dari penyeldikan ibu terhasillah mi diperbuat dari sayuran sawi, bayam, lobak, dan labu manis yang diinovasi dengan sayuran semula jadi dan segar tanpa pengawet serta perisa tambahan dan asid borik,” katanya ketika ditemui selepas penyampaian hadiah Cabaran Inovasi Johor 2016 sempena karnival Inovasi Digital Johor di Persada baru-baru ini.

Bacaan lanjut: Mi Sihat Atasi Sembelit

Mi Sayur mampu bertahan dua minggu hingga tiga bulan

Siti Marian berkata, mi yang dihasikan mampu bertahan selama dua minggu sekiranya disimpan di dalam peti ais dan boleh bertahan sehingga tiga bulan jika diletakkan di dalam ruangan sejuk beku.

“Sebelum ini kami hasikan mi dalam pelbagai perisa sayuran lain tetapi mi jenis sawi, bayam, lobak dan labu manis paling mendapat sambutan dan digemari kanak-kanak,”katanya.

 

“Sebelum mi ini dipasarkan, ibu ada memberi anak saudara berusia tiga tahun mencuba mee ini dan ternyata dia amat menggemarinya walaupun hanya dicelur begitu sahaja kerana rasanya yang asli,”katanya.

Menurutnya mi sayur berkenaan yang dihasilkan dalam bentuk basah turut mendapat anugerah Expo Safe Food di Melaka pada 2014 dan mereka turut meneruskan penyelidikan bagi menghasilkan inovasi mi sayur dalam bentuk kering.

Doktor hasilkan mi sayur

Ingin melihat produk lain di bawah jenama Yumny? Klik di sini

Beli online di Mybazar! Free Delivery Seluruh Malaysia tanpa had minimum!
MyBazar Az-Zain Shah AlamKenapa anda perlu beli online di Mybazar?

Leave a Reply

×
×

Cart